Ramai bertanya soalan kepada saya, adakah skincare DMS 360 iaitu DMS360 Rescue atau Glowing Speed bercampur dengan produk skincare dari Brand lain? Jawapan sebenarnya adalah BOLEH.
Kebiasaannya produk kecantikan lain ni melibatkan penjagaan lengkap kulit wajah kita, iaitu;
- Pencuci muka
- Krim muka (siang atau malam)
- Serum wajah
- Foundation
- Alatan Mekap (kosmetik)
- Masker
- Scrub Muka
- Toner
Kita tidak mahu ada masalah atas sebab ketidakserasian, dan bila ini berlaku kita tidak tahu yang mana satu antara brand ini penyebab kepada rawatan tidak berkesan.
Produk penjagaan wajah DMS360 merangkumi 3 item iaitu;
- Set asas terdiri daripada sabun, krim uv dan krim malam (DMS360/ Glowing Speed)
- Serum (Serum Glowing/ Stemcell Plus)
- Foundation dan sunblock (4D/ 5D/ CC Hybrid Foundation)
Set Asas Glowing Speed Galatica
Anda boleh mix dan blend foundation ini tau. Contohnya, blend/mix 4D dan CC Hybrid atau anda boleh sapukan dahulu 4D Foundation sebelum menutup dengan CC Hybrid Foundation.
Seperti kalian sendiri baca di sini, produk DMS kekurangan banyak item sebagai rutin penjagaan wajah anda. Oleh itu, tidak ada masalahnya jika anda nak mencuba produk lain sebagai pelengkap rutin kecantikan anda.
Saya sendiri sebenarnya memakai produk dari brand lain contohnya Water Rose Beauty dari Bio Essence, scrub muka dari St. Ives dan saya sangat suka pakai masker tau. Ada banyak jenis masker yang saya ada.
Malah foundation juga ada selain dari brand DMS360, contohnya kesukaan saya Tinted Sunscreen dan Pearl Cream dari Sendayu Tinggi. Ini sebenarnya sentiasa try and error juga. Ada produk yang bila saya gunakan bersama tiada kesan, ada yang membuatkan wajah lebih kusam dan kombinasi yang saya gunakan sekarang nampaknya lebih serasi kerana ada keserasian dan wajah semakin bersih, berseri dan seriusly saya mungkin akan kekalkan apa yang saya amalkan pada hari ini.
No comments