Kopi Jamu Wanita DMSTOX


Kopi dan wanita susah nak dipisahkan betul ke? Apatah lagi jamu dan wanita, ini lagilah ibarat isi dan kuku. Pengamalan jamu bagi kesihatan dalaman dan penjagaan luaran wanita telahpun diamalkan sejak beratus tahun lamanya.

Namun kita lihat trend penjualan jamu moden bagi tujuan merawat kesihatan, mencantikkan tubuh badan khususnya buat wanita semakin menaik dan popular. Jamu yang dibuat secara tradisional iaitu secara rebusan kurang menarik berbanding jamu moden. Cara pembuatan jamu tradisional tidak menggunakan bahan tambahan mempunyai rasa pahit atau tidak lalu dimakan oleh ramai wanita. Sejujurnya saya juga sama.

Jika kita rebus semua herba di dalam satu periuk dan ditapis pasti kalian seperti saya juga. Rasa seram nak minum walau dah dicampur madu atau gula sebagai pemanis rasa. Alahai wanita moden zaman sekarang. Semua nak mudah kan? Telan pil lebih baik dari terpaksa menutup hidung dan merasa melalui lidah dan anak tekak.

Walau apa sekalipun jamu yang anda pilih, pastikan anda tidak semberono memilih. Semak tahap pengilangan produk tersebut. Semak ramuan yang digunakan. Terus berhenti jika ketika mengambil produk ini memberi kesan kepada badan anda. Dan pastikan anda tidak mengambil pelbagai suplement dalam masa yang sama. Namun zaman sekarang kita lihat, trending terlalu banyak suplemen diambil dalam satu masa.

Adakah kita sudah cukup kenal badan kita? Jadi sebelum anda mengambil keputusan untuk mencuba kesemua ramuan dan produk-produk diluar sana mahupun dari DMS sendiri. Kenal pasti diri anda, kesihatan anda dan keperluan badan anda.

Kopi DMSTOX, Kopi Susuk Perawan atau dulunya dikenali sebagai Kopi Montok (Coffee Monatox), sudah berada lama di pasaran. Dihasilkan dari kilang bertaraf GMP. Dan kopi ini merupakan kopi 3 in 1 (kopi pracampur), mengandungi krimer dan gula. Jika anda tidak boleh minum minuman 3 in 1, saya tidak mencadangkan kalian mencubanya 

Kopi DMStox tidak menjanjikan bulan dan langit. Ianya hanya sebagai suplemen harian sebagai booster tenaga bagi wanita. Kopi sendiri mempunyai khasiat pemberi tenaga kepada badan kita. Oleh itu gabungan kopi dan jamu ini memberi kesan positif sebagai pemberi tenaga harian wanita moden. 

Kopi mempunyai kandungan zat kafein yang tinggi. Adenosin didalam tubuh bekerja sebagai sel yang menyebabkan rasa ingin tidur kepada otak. Kafein dalam kopi menyebabkan kinerja sel dan menjadikan pergerakannya lebih pelan. Maka akan membuat perasaan segar lebih lama.

Apakah Ramuan Herba atau Jamu di Dalam Kopi DMSTOX?

 

Serapat

Akar atau herba serapat berupaya membantu memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Akar Serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid.
Herba ini mampu membantu melancarkan peredaran darah untuk meningkatkan kadar oksigen sekali gus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan wanita.


   Pureraria Mirifica

Selama lebih dari 100 tahun, akar Pueraria mirifica telah digunakan sebagai pengubatan tradisional di Thailand untuk meningkatkan peremajaan tubuh baik pada lelaki mahupun wanita.
Fitoestrogen merupakan komponen aktif utama dari Pueraria mirifica. Fitoestrogen memiliki kesan yang hampir sama dengan hormon estrogen pada tubuh. Disebabkan kesan estrogenik yang kuat, Pueraria mirifica dijual sebagai suplemen herbal, dan digunakan untuk menangani gejala menopause.
Banyak lagi manfaat Pueraria mirifica ini antaranya mengurangi masalah kekeringan vagina, meningkatkan kesihatan tulang, Pueraria mirifica dapat diberikan sebagai terapi hormonal untuk mencegah terjadinya osteoporosis.
Berpotensi untuk memperlambat pertumbuhan sel kanser dan tumor. Beberapa studi menunjukkan bahawa tanaman dan senyawa phytoestrogen dapat menghambat pertumbuhan sel kanker payudara.





Manjakani

Manjakani mempunyai pelbagai khasiat khususnya buat wanita. Antara khasiat umum yang diketahui ialah mampu mengurangkan masalah keputihan. Manjakani juga bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak. ia juga dapat mengurangkan lelehan mukus dan juga membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga.


Kacip Fatimah

Menurut  Prof. Madya Dr. Hawa ZE Jaafar, daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), lebih banyak kajian diperlukan bagi memperkukuhkan penemuan sebelumnya,
“Sama seperti penemuan saintis lain, kajian kami juga mendapati khasiat Kacip Fatimah bersifat anti-kanser, anti-kulat dan anti-radang, di samping khasiatnya yang merangsang estrogen.” 
Walau bagaimanapun, umum mengetahui khasiat kacip fatimah khususnya menjurus kepada kesihatan wanita.


Istimewanya lagi, selain ramuan herba yang dibuat khusus untuk kesihatan wanita, kopi DMSTOX juga mengandungi ramuan kecantikan iaitu VITAMIN C, L-GLUTATHIONE dan COLLAGEN



Feedback Positif Pengguna Kopi DMSTOX Kopi Susuk Perawan




Sudahkah anda mencuba Kopi DMSTOX dari DMS360?
Apa pendapat anda?
Berminat untuk mencuba Kopi DMSTOX bolehlah whatsapp saya untuk mendapatkan keterangan lanjut, cara pengambilan dan kesesuaian kopi ini untuk diri anda

Rujukan artikel:
















 





 


No comments