7 Tips Hilangkan Jeragat secara Semulajadi

TIPS KECANTIKAN
.
7 CARA MENGHILANGKAN JERAGAT SECARA SEMULAJADI
.
KULIT KAYU MANIS
Campurkan 1 sudu besar serbuk kulit kayu manis dengan 3 sudu besar madu. Kacau kedua bahan tersebut. Selepas itu, gunakan bahan tersebut ke bahagian muka yang terjejas jeragat dan biarkan selama 15 minit. Akhir sekali, bilaslah menggunakan air suam dan keringkan muka menggunakan tuala yang bersih.
.
ALOE VERA
Aloe Vera dipotong menjadi kepingan dan kemudian ambil gelnya. Sebelum anda meletakkan ia, anda perlu membersihkan muka anda supaya kotoran di muka tidak tersumbat. Jika muka sudah bersih, anda boleh menggunakan gel Aloe Vera ke bahagian jeragat di bahagian muka yang terjejas. Biarkan hingga ia kering. Selepas itu bilas dengan menggunakan air suam.
.
LEMON
Potong lemon menjadi 2 bahagian. Basuh muka anda dengan menggunakan air suam supaya liang muka tidak tersumbat. Oles potongan lemon ke kawasan terjejas jeragat. Biarkan selama 15 minit walaupun rasanya agak pedih. Selepas itu, basuh muka dengan air sejuk.
.
BETIK
Haluskan isi betik secukupnya yang sudah dikupas kulitnya. Campurkan 1 sudu kecil serbuk kopi lalu kacau hingga sekata. Oleskan kepada bahagian muka terutama di kawasan yang terjejas jeragat. Biarkan hingga kering dan bilas menggunakan air bersih.
.
CUKA EPAL
Anda hanya harus mencelupkan kapas ke dalam cuka epal yang sudah dicampurkan dengan air. Oleskan kapas kepada kawasan muka yang terjejas jeragat. Biarkan beberapa minit dan bilas hingga bersih.
.
TEH HIJAU
Masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama 5 minit. Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat.
.
PUTIH TELUR
Bersihkan muka anda. Guna putih telur ke kawasan muka yang terjejas jeragat. Biarkan hingga ia kering dan oleskan lagi putih telur sebagai lapisan kedua. Jika ia telah kering, anda boleh basuh dengan air suam.
.
SEMOGA BERMANFAAT!
.
Silakan SHARE.

#stokisvipdms360
#EmmeMarina


No comments