Ramai bertanya kepada saya, bagaimana cara nak amalkan 2 Liter air masak sehari terutamanya di bulan Ramadhan. Bagi pengguna DMS yang mengambil produk kurus, atau kopi dan juga supplemen kecantikan tertanya-tanya cara terbaik untuk kalian habiskan 2 liter air masak ni sepanjang bulan ramadhan.
Jika anda masih tercari-cari tips minum air banyak semasa di bulan puasa ini, saya kongsikan dengan anda di bawah.
Formula MUDAH DAN RINGKAS
2Liter AIR = 8 GELAS AIR
1 GELAS AIR = 250ml AIR
1 gelas selepas bangun tidur untuk bersahur
1 gelas selepas selesai makan sahur
1 gelas selepas azan maghrib, sebelum makan makanan berat
1 gelas selepas solat maghrib
1 gelas selepas makan makanan berat
1 gelas selepas solat isyak
1 gelas selepas solat terawikh
1 gelas sebelum tidur
atau anda boleh mencuba cara kedua
SAHUR – 2 GELAS AIR
BUKA PUASA – 2 GELAS AIR. Ini termasuk jus buah-buahan atau susu rendah lemak
SELEPAS TARAWIKH – 1-2 GELAS AIR
SEBELUM TIDUR – 2-3 GELAS AIR
OK, kalau kita ikut 4 langkah tersebut kita dah capai 2 Liter sehari sehari kan? Nah..!!
Cukup 8 gelas sehari semasa di bulan puasa ni. :)
Cara Amalkan Produk Kurus DMS Fat Loss dan Fat Away di Bulan Puasa
Selepas bangun tido dan ambil segelas air suam dan sedikit kurma, mula telan 1 biji Fat Loss atau Fat Away. Rehat seketika dan uruskan urusan sahur anda, rehatkan badan 30 minit dahulu kemudian bolehlah ambil makanan berat seperti nasi, dan lain-lain. Ikuti tips minum air masak semasa di bulan puasa untuk pastikan badan air kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari.
Semoga artikel ini bermanfaat!