Rahim Kongsi Tips Turun 16.6 Kg Dalam Masa 10 Hari

Rahim Kongsi Tips Turun 16.6 Kg Dalam Masa 10 Hari

Selepas 10 hari menjalani program Misi XL Rahim, penyampai radio Sinar, Rahim Sepahtu berjaya menurunkan beratnya sebanyak 16.6 kilogram (kg).

Program dianjurkan Sinar FM itu bertujuan untuk memberi peluang kepada Rahim menjalani gaya hidup sihat disamping menurunkan berat badan daripada saiz XXL kepada XL.

Rahim diberikan masa selama lima minggu untuk menurunkan berat badannya sekurang-kurangnya 25kg.

Berat asal Rahim sebelum menyertai program tersebut adalah 125.4kg dan terkini adalah 108.8kg.

Bukan mudah untuk menjalani program itu kerana Rahim perlu mengawal pemakanannya dan hanya makan makanan tertentu sahaja setiap hari.

Selain mengawal pemakanan, Rahim juga turut menjalani senaman dan latihan setiap hari dibantu oleh dua orang coach iaitu Agam dan Aminah.

Rahim berkongsi 5 tips yang diamalkan sepanjang program tersebut:

1. Elak Makanan Manis dan Masin
"Saya sudah berhenti minum air manis terutama minuman bikarbonat kerana saya tidak ambil gula langsung. Jika saya mahu rasa manis saya akan guna gula stevia sahaja. Kalau pergi kedai mamak, saya akan order air limau tanpa gula dan kemudian memasukan gula stevia yang saya bawa ke mana-mana. Makanan saya pun tiada garam atau perasa langsung,"

2. Tak Makan Nasi
"Saya tak ambil nasi langsung sepanjang program ini. Jika saya mahu sangat makan nasi, saya hanya ambil brown rice sahaja. Brown rice pun saya ambil dalam dua sudu sahaja,"

3. Tidak ambil makanan berminyak
"Kalau saya makan ayam ia hanya direbus atau dibakar sahaja tanpa garam. Selain itu saya juga makan salmon grilled. Protein ini yang memberi saya tenaga kepada saya tiada langsung makanan bergoreng,"

4. Sayur
"Saya banyak makan salad untuk sayur kerana itu sahaja sayur yang tidak perlu dimasak selain ulam-ulaman,"

5. Lari 3km setiap hari
"Setiap hari saya akan berlari sekurang-kurangnya 3 kilometer (km). Selain berlari saya juga perlu melakukan beberapa senaman yang dibantu oleh coach seperti lompat bintang, sit-up, pumping dan sebagainya yang mengambil masa selama 2 jam,"



Untuk kurus dan memiliki berat yang diimpikan, kita harus mempunyai kesedaran akan kesihatan tubuh badan kita. Alasan tiada masa, tidak boleh merupakan satu alasan yang anda sediakan supaya anda sendiri gagal mencapai impian kurus anda.

Bagaimana Rahim berjaya munurunkan berat badan beliau sebanyak 16.6 kilogram dalam masa 10 hari adalah sangat mengujakan! Bayangkan jika anda mampu untuk berdisiplin pada masa yang terhad ini, adakah anda rasa ianya tidak berbaloi? Salah! Ianya sangat berbaloi!

30 hari berusaha tanpa disiplin yang tinggi versus 10 hari berusaha dengan disiplin yang tinggi hasilnya berbeza sekali. Jauh berbeza. Namun, kembali kepada keazaman kalian, sejauh mana anda mahu kurus. Secepat mana anda mahu kurus. Kita boleh mengambil ubat kurus jika kita berkemampuan. 

Mengambil produk melawaskan usus sebagai contoh. Mengambil jamu untuk badan sentiasa panas dan meninggikan metabolisma agar proses penurunan berat badan berlaku. Namun, makan ubatan dan suplemen kurus tanpa disiplin juga merugikan! Sebagai contoh, Ani mengambil supplemen jamu DMS iaitu Fat Loss, setiap hari walaupun konsisten mengambil Fat Loss DMS sebanyak 1 biji sehari, malangnya beliau gagal untuk konsisten meminum air kosong apatah lagi untuk bantu diri beliau supaya mengamalkan diet seimbang dan berhenti minum air manis. 




Juga Rahim ada menyebut bila terasa nak minum manis atau manisan beliau mengambil stevia bagi menggantikan gula pasir! Nah, ini juga bukti bahawa gula pasir itu memudaratkan kesihatan malah membuatkan anda lebih cepat gemuk! Jadi, beritahu saya, adakah kalian suka minum air bergula? 



Apabila ditanya kepada pelanggan DMS yang berjaya menurunkan berat badan 10-20 kilo sebulan rupanya mereka sangat bagus dalam konsisten minum air masak 3 liter sehari malah lebih. Jamu DMS yang panas menyebabkan mereka haus dan harus minum air masak ini. Dengan konsisten mengikut panduan diberikan dan mengelakkan diri dari keterlaluan makan makanan berlemak, bergula ini proses menurunkan berat badan menjadi lebih cepat dan berkesan. Malah, ada yang lebih baik iaitu bersenam bagi meningkatkan metabolisma badan dan memecah otot supaya pembentukan otot berlaku jadi apabila anda berjaya kurus badan anda bukan sahaja fit malah tidak menggelebeh.