Apa Hukum Jual Produk Tiruan atau Fake Yang Boleh Memudaratkan Pengguna?

Assalamualaikum,

Sepertimana yang anda semua tahu, ada 2 jenis produk DMS iaitu original dari syarikat DMS Three Sixty dan keduanya yang tiruan. Sejak tahun 2016 kami menyaksikan pelbagai produk tiruan DMS sehingga ianya merosakan nama DMS itu sendiri. Rata-rata pelanggan DMS terbeli dan terpedaya kerana harga murah yang diberikan sehingga terlupa untuk semak dahulu sama ada produk itu original ataupun palsu. 

Penjual palsu juga ada. Produk palsu DMS apatah lagi merata-rata diedarkan di Kedai Jamu.

Kes terbaru apabila pelanggan saya menunjukkan seorang hamba Allah ini memberikan beliau gambar kad agen sah DMS yang ditutup nombor sirinya yang mana secara sah beliau bukan agen DMS.

Tahukah Anda?

Setiap Agen SAH DMS perlu membeli kad VIP/VVIP dan berdaftar di syarikat?

Mereka perlu memberikan nama penuh, no telefon, alamat dan no kad pengenalan mereka sebagai rekod dan catitan bagi pihak DMS.




Apa Hukum Jual Produk Tiruan?

Saya kongsikan 2 pendapat ulama kita, Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Azhar Idrus

Hukum Menjual Barangan Tiruan


Hukum Jual Barang Tiruan dan Kata Original

Syarikat DMS telah berada di pasaran dan berusaha hingga ke tahap ini. Anda dengan mudah mencetak dan mengedarkan produk tiruan malah tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan muka pelanggan. Malah apabila berlaku kerosakan pada pelanggan DMS, syarikat DMS360 terpaksa menanggung fitnah dan beban daripada gejala tidak baik ini. Saya berharap agar kalian semua diperoleh hidayah Allah.

Bagi pelanggan DMS pula, pastikan anda sentiasa semak dahulu sebelum membeli. Jangan kerana nak murah anda kemudian rosak wajah, rosak badan kemudian menyalahkan DMS secara berleluasa.

Produk DMS tiada diedarkan kepada pemborong mahupun kedai-kedai jamu/kecantikan. 


Sila dapatkan produk DMS hanya pada AGEN SAH DMS yang berdaftar sahaja.




Kepada kawan-kawan yang berniaga barang tiruan.. Mungkin anda tak tahu atau tak perasan tentang perkara ini. Saya harap dengan pencerahan dari video Ustaz Zaharuddin ni dapat memberi sedikit panduan untuk anda.

Kepada yang ada kawan-kawan yang berniaga barang tiruan sila sampaikan perkara ini kepada mereka. Atau lebih mudah sharekan je entri ini. Senang je… Klik je butang share kat bawah ni.



Ok.. Semoga bermanfaat.. Jumpa lagi di entri seterusnya..