Apa Itu PCOS dan Cara Mengenalpasti Simptom PCOS

Wanita PCOS.

Lebih kurang 15 dalam 100 wanita ada PCOS.

Pertama sekali, bukan semua wanita yang haid nya tidak teratur ada PCOS. Pemeriksaan doktor dengan ujian hormon, ultrasound scan ovary dan mengenalpasti sama ada terdapat masalah ovulasi penting untuk mengenalpasti sama ada anda betul-betul ada PCOS dan bukan masalah yang lain itu penting.

Puncanya ialah baka keturunan atau masalah genetik. Jika ahli keluarga anda mempunyai PCOS, anda akan lebih cenderung mendapat PCOS.

Masalah PCOS mungkin hanya ringan atau sederhana untuk setengah wanita tetapi boleh menjadi lebih teruk lagi jika berat badan dibiarkan naik ke tahap obese.

Jika PCOS sudah dikenalpasti:

Ada risiko lebih tinggi mendapat masalah
1) Haid yang tidak teratur

2) Kurang subur kerana lebih kerap mendapat cycle yang tiada ovulasi.

3) Lebih kerap mendapat haid dimana pendarahannya banyak dan berpanjangan lebih dari biasa kerana dinding rahim yang lebih tebal.

4) 60-80 dalam 100 wanita yang ada PCOS ada lebih masalah jerawat dan lebih rambut di badan (hirsutism)

5) Lebih kerap mendapat keguguran dan kelahiran pramatang.

6) Lebih kerap mendapat cyst di dalam ovari yang boleh membesar dan memberi masalah

7) Lebih tinggi risiko barah dinding rahim (endometrial cancer)

8)Lebih masalah berat badan berlebihan atau obesity

9)Lebih tinggi risiko tekanan darah tinggi (hypertension)

10)Lebih tinggi risiko mendapat penyakit kencing manis (diabetes)

11)Lebih tinggi risiko mendapat penyakit coronari jantung dan strok.

12)2-3 kali ganda lebih tinggi mendapat darah beku di dalam saluran darah (Deep Venous Thrombosis, DVT)

13)Lebih risiko mendapat kemurungan

14) Jika hamil, lebih tinggi risiko mendapat kencing manis semasa hamil (gestational diabetes, GDM), tekanan darah tinggi semasa hamil, dan kelahiran pramatang.

Jika nak faham kenapa lebih kerap tiada ovulasi, kena baca fungsi ovari di sini. Masalahnya managing director FSH dan LH tidak boleh berkerja dengan cekap merangsangkan ovari untuk mematangkan telur. Mereka perlukan bantuan.

https://www.facebook.com/imelda.balchin/posts/10154640177131659

Jika nak faham kenapa jika tiada ovulasi, boleh dapat 'unopposed oestrogen', dinding rahim endometrium yang lebih tebal dan haid yang berpanjangan bila dapat haid, sila baca di sini.

https://www.facebook.com/imelda.balchin/posts/10155148899841659

Untuk kesihatan wanita PCOS.

A) Bersenam dengan kerap dan turunkan berat badan ke tahap normal (BMI 23), untuk wanita yang berat badannya berlebihan. Ringankan badan yang berat boleh meringankan semua masalah di atas. Haid akan menjadi lebih teratur, dan lebih senang hamil bila berat badan wanita PCOS itu normal.

Di antara kehamilan, atau jika anda tidak mahu mencuba untuk kehamilan (iaitu belum lagi kahwin, masih lagi belajar atau sudah ramai anak), cadangan terbaik untuk mengelakkan masalah kesihatan selain daripada bersenam dengan kerap dan berat badan yang sihat ialah

B)Rehatkan ovari dan rahim anda melalui kaedah perancang keluarga berhormon seperti Pil perancang keluarga COC (combined oestrogen dan progestogen), susuk implant, atau alat rahim Mirena. Kaedah ini mengelakkan stimulasi ovari supaya tiada langsung cyst baru dibuat di dalam ovari, menipiskan ketebalan dinding rahim sebab mengelakkan 'unopposed oestrogen'.

Bagi wanita PCOS yang sudah bersenam dengan kerap dan mempunyai berat badan yang sihat tetapi masih belum hamil, bawalah diri dan suami untuk mendapatkan bantuan perkhidmatan kesuburan dari pakar O&G. Ujian kesuburan untuk suami juga penting (kadang-kadang kedua-dua pasang ada masalah kesuburan bukan hanya wanita PCOS dan rawatan yang diperlukan untuk pasangan suami isteri berbeza).

Wanita yang sudah dikenalpasti PCOS dan tidak subur akan diberikan bantuan rawatan kesuburan dengan lebih cepat (selepas sudah mencapai target berat badan yang sihat dahulu), kerana kita nak kurangkan risiko mendapat penyakit yang tersebut di atas, dan rehatkan ovari semula selepas bersalin. Jika anda sudah tahu anda ada PCOS dan tiada haid yang teratur, sila jangan tunggu lama-lama untuk mendapat kan bantuan kesuburan, sebab semakin berusia, semakin susah nak hamil. Dan semakin berusia, semakin tinggi risiko keguguran.

https://www.facebook.com/imelda.balchin/posts/10155097398721659

https://www.facebook.com/imelda.balchin/posts/10155099729426659

Jika anda sudah tahu anda boleh mengurangkan risiko anda di masa hadapan, sila berjumpa doktor tiap-tiap tahun untuk memantau dan mengenalpasti lebih awal lagi jika ada penyakit kencing manis atau tekanan darah tinggi.

Bagi wanita PCOS yang kerap mengalami keguguran, ada juga rawatan yang boleh mengurangkan keguguran seperti metformin yang juga boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang. Sila buat temujanji dengan doktor anda sebelum hamil lagi dan temujanji yang awal semasa hamil.

Jangan sesekali cuba merawat diri sendiri dengan bahan berhormon - sangat merbahaya dan boleh merosakkan fungsi badan. Tidak ada supplement atau herba yang boleh mencegah, merawat, mengurangkan atau menyembuhkan PCOS.

Prof Dr Imelda,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur


No comments