Dah Cuba Pelbagai Cara Kuruskan Badan Tetapi Gagal? Baca Untuk Tahu Cara Betul Kuruskan Badan

Kenali jenis gemuk, buang habit punca gemuk & pelajari tips kurus cepat


Ramai mengeluh apabila melihat diri sendiri di hadapan cermin, melihat rakan-rakan yang ramping mahupun melihat gambar-gambar lama sewaktu muda-mudi dahulu. Alangkah bahagianya jika dapat menurunkan berat badan. Bukan sahaja badan lebih ringan, malah tidaklah berat mengendong beban lemak dan terpaksa menutup badan dan malu setiap kali berhadapan dengan rakan lain. Jika sudah berkahwin, mulalah hilang keyakinan diri pada suami dan anak-anak pula.


Tetapi jika azam sahaja yang lebih, tiada usaha ke arah menurunkan berat badan malah malas pula. Tidak akan jadi jugakkan? Bercakap tentang kurus ni, anda sendiri kenal tak jenis kegemukan yang anda alami??


APA YANG ANDA TAHU TENTANG GEMUK?



Selalunya kita akan dikategorikan sebagai gemuk apabila berat badan kita melebihi 20 peratus daripada berat badan ideal. Sebagai contoh, sepatutnya berat badan ideal kita 60kg, tapi pada hakikatnya jarum di mesin penimbang menunjukkan 75kg. Maka, kita sudah dikategorikan dalam kategori orang yang gemuk. ATAUPUN cara mudah nak tahu berat badan ideal kita adalah dengan kira BMI (Body Mass Index). X tahu cara nak kira? click BMI CALCULATOR ni. Ok, dah tahu tak BMI uols berapa ??

Cara Mudah Melihat Graph BMI. Di Manakah Anda?


Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan tu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita, bila kita makan makanan berlebihan, dan kemudian kita tak gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan dan jadilah lemak. Makin kita berusia, metabolisme badan dan hormon kita sebagai wanita semakin rendah mengakibatkan agak sukar untuk berat turun. Sebab tu kena amalkan senaman dan suplemen supaya hormon dan metabolisma kita sentiasa dlm keadaan baik. Nak tahu berapa kalori yang badan kita perlukan ?? click JUMLAH KALORI YANG DIPERLUKAN ni. Dari situ kita boleh anggar kalori yang badan kita perlukan untuk elak lemak berkumpul. Ok bagi yg mmg ZERO pasal berapa kalori yg ada dlm makanan tu blh click KALORI MAKANAN HARIAN


Selalunya kaum wanita sangat menitikberatkan soal gemuk vs. kurus ni. Tapi bukan maksud kaum Adam tidak ambil peduli. Cuma nk bgtahu perempuan ni dia ‘sedikit’ obses dengan kecantikan dan dia boleh jadi sangat down bila dengar perkataan gemuk tu. Stress sangat sampai rasa nak terbalik dunia ni. Bila stress sebenarnya akan menyebabkan perut membuncit dan lagi lambat kurus. Sekarang, jangan stress-stress. Selagi masih hidup sihat walafiat selagi tu masih ada peluang untuk kuruskan badan. Tapi sebelum tu kita kena tahu dulu kita ni tergolong dlm kategori gemuk yang mana satu. Sbb bila dah tahu, senang untuk kita ambil langkah seterusnya. Okey jom scroll kat bawah ni. 


Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis. Jom kita kenali jenis-jenis gemuk ni satu persatu:

Jenis-Jenis Gemuk:

1. Jenis Gemuk Daging

  • Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk daging terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab.
  • Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging.
  • Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah boleh.
KELEBIHAN & KEKURANGAN : 

Gemuk daging jenis gemuk ini agak susah nak turunkan berat badan dan mengambil masa yg lama nak capai berat badan ideal. Tetapi jgn bimbang, biar lambat asalkan selamat. Kelebihanya ialah, apabila kurus badan anda tidak mengalami lebihan daging yg terlalu ketara.


2. Jenis Gemuk Air

  • Gemuk air terjadi bila badan menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh.
  • Biasanya badan akan menggelambir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air.
  • Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan.
  • Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.

KELEBIHAN & KEKURANGAN : 

Gemuk air paling mudah kurus. Dengan sedikit bantuan aktiviti senaman 3 kali seminggu dan diet pemakanan yg seimbang anda mampu turun lebih banyak dari mereka yg mengalami masalah gemuk daging & angin. Namun, apabila anda kurus rata-rata akan mengalami masalah lebih daging yang ketara. Senaman memejalkan bahagian badan sangat penting untuk membentuk badan lebih firm selain pengambilan makanan yg tinggi protein


3. Jenis Gemuk Angin

  • Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit.
  • Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… yg ni bahaya sikit hehe..Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.
KELEBIHAN & KEKURANGAN : 

Gemuk angin adalah seperti gemuk air. Mudah untuk kurus. Tetapi perutnya sangat sensitif dan kena berhati-hati memilih makanan. Badan jenis gemuk angin cenderung sembab tetapi lampung bila dipicit. Apabila kurus, badan kelihatan kecut. Pengambilan makanan tinggi protein bagus untuk membina otot semula.


4. Jenis Gemuk Lemak Tepu

  • Gemuk lemak tepu boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak.
  • Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.

Bila dah tahu mana satu jenis gemuk badan kita, maka mudahlah nak pantau dan pantang larang sekali. Jadi, boleh potong mana-mana perkara atau makanan yang boleh menyebabkan kita ni naik berat badan!


Jika bersenam, ada yg akan alami penurunan berat badan tak ketara. Tetapi hakikatnya mengalami penurunan yg ketara jika dilihat dari mata kasar. Jadi jangan risau dengan skala penimbang. Yg penting luaran nampak langsing. Tambahan, jika kita kehilangan otot dan bukannya lemak, kita akan cenderung cepat gemuk semula dan kelihatan flabby

Saya kongsikan amalan atau rutin tidak sihat yang menyumbang kepada kegemukan ok! Boleh check sama ada anda tergolong dalam rutin ni atau tidak.


1.   SAY NO TO SODA! Be MORE LESS OF SUGAR INTAKE

Air soda dan kotak tu tinggi kandungan gula. Tahu tak sekotak air minuman kadangkala mengandungi lebih 3 sudu gula ! Semut pun geleng kepala.. Juga sehari tu kurangkan lah minum air manis. Banyakkan air masak!





2.  TIDAK AMALKAN BERSARAPAN/ BREAKFAST

Tahukah anda? Bila korang melambatkan sarapan, risiko untuk korang makan banyak masa lunch adalah tinggi. Sebab perut dah dibiarkan lapar untuk masa yg lama jadi kita cenderung akan makan amount yg banyak masa lunch. Tidak mengapa mulakan pagi dengan pemakanan berat dan bila makan tengah hari hanya ambil makanan yang ringan dan kurang kalori. Itu lebih baik


3.   MAKAN NASI BERSULAM AIR MANIS

Makan sambil minum air menyumbang kepada buncit. Sebaiknya minum sekurangnya 2 gelas air kosong. Sekaligus akan rasa kenyang sikit. Jadi kita akan makan kurang. Malangnya ramai yang makan dulu baru minum air kan


4.   MALAS BERSENAM
 
Terlalu ramai berikan alasan tidak boleh bersenam atau tiada masa! Kalau nak kurus cantik haruslah bersenam. Banyak senaman ringan yang anda boleh amalkan. Kita nak kurus ni biarlah lemak hilang malah tidak gelebeh. Kan buruk bila kurus tetapi lemak masih gelebeh sana sini. Tiada benda mudah dalam dunia ni. Untuk dapatkan body yang lean, kemas dan terbentuk cantik WAJIB bersenam. Ringkas pun dah memadai yg penting konsisten. 


5.  HEAVY LATE NIGHT SNACK / KUDAPAN

Yang ni rutin rakyat Malaysia yang paling susah nak dibuang. Suka makan lewat malam, makan pulak burger, roti canai, meggi kari..perghh matilanakkk.. selalunya dah lepas pukul 8 mlm tu kita dah tidak buat aktiviti berat. Duduk umah je, xpun lepak di kedai mamak. So, confirm apa yang kita makan tu akan tersimpan sebagai lemak. Jadi kalau lapar sangat ganti dengan benda lain mcm kacang atau buah-buahan. 


6.  TIDAK SUKA FRUIT & VEGGIE

Last but not least, green is good. Maksud green kat sini adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia akan buat kita full lebih lama + kalori sgt rendah. Tapi kat Malaysia ni ramai tak suka sayur dan buah. Siap asing tepi kalau ada ada secebis pun.. haisshhhh.. 


BOLEH KE KURUS CEPAT & NAMPAK KESAN ?


Ok, mmg ramai di dunia ni kalau boleh bangun esok timbang je dah turun 10kg. Tapi, benda ni adalah mustahil especially bila nak diet tapi selera masih selori. Setelah kajian dibuat, akhirnya ada tumbuhan semulajadi yg mmg hebat & berfungsi seperti mengawal selera makan, membuatkan kita bertenaga walaupun kurang makan, kurang rasa nak mengunyah serta bantu kita mudah ke tandas. Ya, bila kita susah ke tandas biasanya kita akan kumpul banyak toksin. Makan suplemen apa pun tak berfungsi sbb body tak serap. 


TUMBUH-TUMBUHAN
PENERANGAN
Beras Perang

  • Beras perang sangat baik dimakan oleh individu yang mengamalkan diet rendah kalori. Ia mengandungi:
  • MINERAL MAGNESE yg penting untuk kesihatan. (1 cawan beras perang = 88% magnesium utk tubuh). Ia membantu engekalkan berat badan yang ideal. Mengawal sistem saraf dan mengawal paras kolestrol badan.
  • SELENIUM DAN FIBER : Anti kanser. Menurunkan kolestrol dalam badan. baik untuk wanita menopause untuk menjaga jantung dan darah tinggi. mengurangkan penyakit kencing manis  jenis 2.
  • Vitamin B1, B2, B6, Zat Besi, Fostat, Kalsium.
Herba Chia Seed

  • Mirip biji selasih, tetapi bukan selasih sebaliknya dari keluarga sage (salvia hispanica). ‘Chia’ berasal dari suku kata Maya yang bermaksud kekuatan.
  • Masyrakat suku Aztec, Maya dan Inca zaman dahulu mengamalkan biji seed untuk meningkatkan daya ketahanan dan tenaga tubuh badan mereka.
  • Kaya dengan lemak Omega-3 yang dapat mengurangkan keradangan dan paras kolestrol.
  • Biji Chia terbukti menjaga tekanan darah dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) sehingga mampu menurunkan kolesterol buruk (LDL) dan trigliserida.
  • Biji Chia juga mampu menyerap 10 kali air yang masuk ke dalam tubuh untuk membentuk sel yang baik untuk diet.
Acai Berry

  • Kebaikan Acai Berry:
  • meningkatkan tahap tenaga : digunakan atlit terkenal seperti Venus Williams, kerana ia mempunyai banyak nutrisi, terutamanya lipid yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap tenaga.
  • Acai mempunyai banyak EFA (Essential Fatty Acids) yang mengekalkan kolesterol baik (HDL kolesterol) dan pada masa yang sama, menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL kolesterol).
  • Indek glisemik yang rendah dalam Acai berry membantu menurunkan berat badan kerana acai berry akan melambatkan rasa lapar dan membantu mengawal nafsu makan.
Licorice Root
  •  Berkesan menurunkan lemak dalam badan. Komponen asidglycyrrhetinic dalam Licorice Root berkesan dalam mengurangkan pembentukan lemak dan kolesterol dalam badan manusia.
  • Mengandungi fiber yang tinggi mampu membantu menurunkan kolestrol.
  • Digalakkan penggunaannya bagi yang mengalami masalah sembelit



Ekstrak Alfalfa

  • Membantu membersihkan racun dalam darah ataudetoxsifikasi. (perubatan Cina).
  • Mengubati masalah pencernaan (perubatan India).
  • Melancarkan pembuangan air kecil (perubatan Eropah).
  • Mengandungi vitamin (A, C, K, B1, B2, B3, B5, B6) & mineral (kalsium, besi, magnesium, fostor, tembaga dan seng) yang lengkap.
  • Klorofil Alfafa digunakan untukmengubati kanser, radang, anemia, sembelit, antibakteria, pembersih racun, penyeimbang nutrisi  dan meneutralkan Asid Dalam Badan.
  • Merawat penyakit usus, buah pinggang, kencing manis, melawaskan usus, ulser.
  • Mengandungi enzim yang membantu : penghadaman, pencernaan, kembung perut, ketidakselesaan abdominal.
Garcinia Cambogia @ Asam gelugur

  • Mengandungi asid sitrik, asid tartaric, asid malic, asid askorbic, asid hidroksi sitrik, flavonoid, serat, vitamin dan mineral.
  • Asid askorbiknya berperanan sebagai anti bakeria.
  • Dengan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat membantu menurunkan darah tinggi,kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung.
  • Buah, bunga dan pucuknya boleh bertindak sebagaiantioksidan dan awet muda.
  • Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesanmembantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia.
Hoodia Gordini

  • Tumbuhan yang hidup di gurun Kalahari di Africa.
  •  Komponen dalam Hoodia bertindak seakan Glukosa atau Pseudo-Glucose, tetapi lebih hebat lagi. Ia menghantar isyarat kepada otak manusia bahawa perut sudah kenyang dan tidak menginginkan makanan lagi.
  • Secara tidak langsung otak akan memproses isyarat tersebut dan mematikan selera makan sekaligus membantu pembakaran lemak berlaku. 
  • Hal ini kerana apabila tiada makanan dalam perut maka badan terpaksa membakar lemak untuk ditukarkan menjadi tenaga.
Citrus Auratium @ bitter orange

  • Component Synephrine dalam Citrus Auratium berfungsi sebagai pembakar lemak yang turut membantu menurunkan selera makan, meningkatkan tenaga dan kadar metabolisma dalam badan.


Teh hijau


  • Antioksidan Teh Hijau 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA. 
  • Mengekalkan memori :antioksidan dalam teh hijau mampu mengekalkan kecergasan memori dan otak bagi mereka yang mengalami masalah kognitif, kerana antioksidan dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf dalam otak.
  • Meningkatkan pembakaran lemak : kandungan Catechin dlm teh hijau berupaya meningkatkan pembakaran lemak walaupun kita tidak bergerak. Catechin adalah sejenis polifenol yang terdapat di dalam daun teh yang memiliki sifat sebagai antioksidan.

Ini antara senarai tumbuh-tumbuhan yang dapat membantu menurunkan berat badan. Tapi ada antara tumbuh-tumbuhan ni sukar didapati di supermarket atau Malaysia. DMS360 sendiri pun ada keluarkan produk pelangsingan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan semulajadi yang dinyatakan kat atas tu. 


DMS360 mempunyai 3 produk yang mampu membantu badan anda lebih kurus, buang toksin dan kawal nafsu makan yang susah nak dikawal tu. 


1. Fat Loss : Ialah produk berasaskan herba yang menurunkan berat badan dan mampu membina otot anda. Mereka yang sesuai mengambil jamu Fat Loss ialah jenis gemuk angin dan air. 


KANDUNGAN FAT LOSS

1. GUARANA - Sejenis tumbuhan di kawasan Afrika yg dipercayai sebagai tumbuhan magic sbb boleh membuatkan mereka merasa kenyang walaupun tidak makan seharian ketika waktu peperangan berlaku. Menurut kajian,guarana juga berkemampuaan utk membakar lemak. sbb tu korang cepat kenyang

2. MUSTARD - Sejenis rempah untuk menghangatkan tubuh.certain consumer akan rasa berpeluh2 mcm sauna kan??

3. RHEI RADIX - Dikenali sebagai kelembak utk merawat sembelit dan melancarkan sistem penghadaman sbb tu ramai yg dulunya susah membuang dah rajin membuang

4. ROYAL JELLY - Pembentukan semula kolagen kulit sbb tu bila da kurus,xbanyak menggeleber, kulit pun tegang sikit gituuuu

5. AMYLUM - Menjaga keseimbangan asam basa (asid dan alkali) dalam tubuh

6. CURCUMA RHIZOMA - Temulawak, sebagai anti kolestrol dan anti radang

7. GARCIFIA CAMBOGIA - Asam keping, mengelakkan lemak dari berkumpul

8. RADIX ANGELICEGE - Rempah untuk mengatasi masalah kekurangan darah,mengatur haid dan merawat senggugut

9. ZINGBERIS RHOZOMA - Halia, kompem korang tau terkenal utk membuang angin

10. RHIZOMA ATRACTILODIS - herba cina utk mengawal selera makan


2. Fat Away Choco Burner : Ialah produk berasaskan koko dan tumbuhan organik yang mampu membakar lemak, menyingkirkan toksin sambil mencantikkan kulit. Fat Away sesuai untuk mereka yang jenis lemak daging dan lemak tepu, namun jika anda lemak air atau angin boleh juga mencubanya. 

KANDUNGAN FAT AWAY

1. SERBUK KONJAC - melindungi/mengurangkan penyakit berkaitan system usus,serta membersihkan dinding perut

2. KACANG GINJAL PUTIH - agen penyerap perisa dalam makanan,kaya dengan serat dan nutrienst yang membekalkan minerals,vitamin dan protein dapat memberi rasa kenyang yang lama

3. MANGGA AFRIKA - tinggi serat,zat garbonesis irvingia bantu kontrol produksi enzim leptin yang mana boleh kawal otak kita dari fikir tentang lapar

4. EKSTRAK TEPUNG BUAH - sumber prebiotik,kandungan karbohidrat yang tinggi

5. TEH HIJAU - khasiat yang sangat bagus untuk penurunan berat badan,mengawal gula serta rendah kafein,mencantikkan kulit,jika anda kurus kulit tidak menggeleber

6. KOPI HIJAU - 3X ganga kesan penurunan berat badan,pantas membakar lelemak tepu!

7. SERBUK GANDUM SERBUK COKLAT - pengganti kabo yang tinggi serat

8. GRACINIA CAMBOGIA - atau asam keping,sudah tentu agen yang mengelakkan lemak dari berkumpul dan tepu!

3. De Clen Detox Fibre : Ialah produk mencuci usus dan badan kita dari toksin. Sangat bagus diamalkan untuk kembalikan usus yang sihat dan kemudian anda boleh mengamalkan suplemen atau ubatan dengan lebih berkesan. De Clen memberikan kesan yang mujarab untuk mereka yang mengalami masalah sembelit, tidak lawas dan usus tidak rajin bekerja lagi. Untuk kesan terbaik, amalkan dahulu De Clen kemudian ambil Fat Loss atau Fat Away. 


Fungsi:

- Membuang lemak berlebihan
- Mengurangkan kadar kolestrol
- Meningkatkan metabolisma lemak
- Menyelesaikan masalah perut buncit, sembelit & obesiti
- Membuang toksin daripada kolon dan mengawal fungsi usus serta mengelakkan daripada sembelit
- Menyerap lemak berlebihan dlm badan

RAMUAN

- Serbuk Pra Campuran Beri
- Fruktosa
- Protein Soya
- Serabut Gandum
- Serat Larut Air
- Fruktolisagasarida
- Garcinia Cambogia
- L-Karnitin
- Asid Sitrik
- Susu Thistle
- Rumput Barli
- Ektrak Teh Hijau
- Lidah Buaya


Setiap produk DMS mempunyai fungsi khusus untuk membantu anda mencapai berat ideal. Untuk kombo, anda boleh pilih anda Kombo De Clen dan Fat Loss atau De Clen dan Fat Away. Tidak digalakkan untuk mengambil serentak Fat Loss dan Fat Away. 


Harga Produk-produk ini ialah:

Fat Loss = RM 100/ 30 biji 
Fat Awat = RM 120/ 21 biji
De Clen Detox = RM 150/ 15 sachet

Harga Kombo Kurus DMS:

Kombo De Clen + Fat Loss = 5% off dan FREE Postage
Kombo De Clen + Fat Away = 5% off dan FREE Postage


Mari Lihat Testimoni Berjaya Kurus dengan Produk DMS360












Untuk tempahan boleh terus whatsapp ke hotline 018-9100 852. Boleh dapatkan konsultasi sebelum pembelian jika ada ragu-ragu.

No comments