Hukum Lelaki Memakai Serbuk Emas 24k Dalam Produk Kecantikan



Apa itu Nano Emas 24K?

Nano Emas 24K merupakan emas tulen yang bersaiz sangat halus atau bersamaan saiz 1/80,000 diameter rambut. Dengan saiz sebesar nano ini, emas akan lebih mudah menyerap jauh ke dalam kulit hingga ke lapisan epidermis, yang mana emas ini akan bertindak untuk merangsang “kilang pengeluaran kolagen” untuk mengeluarkan lebih banyak kolagen supaya kulit menjadi lebih anjal serta awet muda. Barang perhiasan emas (seperti rantai, gelang cincin dan sebagainya) secara luaran tidak akan mengaktifkan kilang kolagen yang terletak pada bahagian epidermis kulit.

Oleh itu, pakar kecantikan mula membuat kajian ke atas serbuk emas lalu dicampurkan ke dalam bahan-bahan kosmetik.

Di dalam sebuah artikel

Tak seperti facial pada umumnya, facial serbuk emas merupakan metode pembersihan kulit wajah dari kotoran dan komedo dengan bantuan serbuk emas 24 karat yang telah diubah menjadi gel, sehingga tak menimbulkan iritasi pada kulit maupun efek samping lainnya.

Demikian dikatakan Yohana Frida Chrisanty, pemilik sekaligus terapis Gracia Beauty Care yang berlokasi di Pangrango Plaza Lt.1 SA 25 kepada Jurnal Bogor, kemarin.

Dikatakan Santy, sapaan Yohana Frida Chisanty, butiran emas yang sudah menjadi gel tersebut dapat mencerahkan kulit wajah. "Jika melakukan facial dengan serbuk emas, kilau emas nan cantik bisa terpancar di wajah," ujar istri Paulus Indra itu.

Ada beberapa tahap dalam pengerjaan facial serbuk emas. Pertama wajah dibersihkan dulu dengan menggunakan facial foam. Kedua, dilakukan peeling dengan menggunakan serbuk emas untuk mengangkat sel kulit mati. "Di salon ini, serbuk emas digunakan pada peeling, vitamin, scrub, dan  masker wajah," ungkapnya.

Setelah proses peeling selesai, wajah diberi scrub sambil diberi pijatan agar kulit wajah lebih halus. Untuk proses peeling dan scrubing masing-masing dilakukan selama sepuluh menit. "Usai dibersihkan dari scrub, wajah akan diberi uap air kurang lebih selama sepuluh menit untuk membuka pori-pori kulit sehingga terjadi detoksifikasi atau pengeluaran racun

Namun perkara utama yang menjadi persoalan ialah adakah kaum lelaki boleh turut menggunakan serbuk emas 24k ini?

Jawapan dari Dr. Zahiruddin adalah seperti di bawah:

Bagi mengetahui status hukumnya, terdapat beberapa persoalan pokok yang perlu dilihat iaitu :-

1)    Isu penggunaan emas sebagai hiasan.

2)    Penggunaannya untuk lelaki.

Itulah antara item yang perlu difahami dalam melihat pandangan Islam dalam penggunaan serbuk emas ini. Tanpa kajian menyeluruh berkenaan kesemua item di atas, sukar untuk menentukan hukum penggunaan serbuk emas ini dengan tepat. Untuk membincangkan semua isu di atas ia bakal mengambil masa yang panjang untuk kajian, huraian dan penulisan. Oleh itu, saya tidak akan menyentuh kesemuanya.

Jawapan ini hanyalah memulakan perbincangan hukum dalam hal ini, saya akan sertakan beberapa point secara ringkas serta padat, tidak memberatkan dan tidak pula terlalu ilmiah, terhadap beberapa perkaar di atas. Walaupun ia mungkin belum cukup kuat untuk membuat satu kesimpulan hukum, namun ia boleh dijadikan panduan bagi mereka yang ingin mendalamkan lagi perbincangan.

1)     ISU PENGGUNAAN EMAS SEBAGAI HIASAN.

Nabi s.a.w menegaskan menggunakan emas sebagai perhiasan selain pemakaian di tubuh wanita, adalah diHARAMKAN bagi lelaki dan wanita:-

لَا تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ ، فَإِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَكُمْ فِي الْآخِرَةِ 

Ertinya : Jangan kamu minum di dalam bekas emas dan perak, kerana cara itu adalah amalan mereka (kafir) dan untuk kamu kelak di akhirat sahaja ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Hasil daripada hadis ini, majoriti ulama berfatwa bahawa penggunaan emas sebagai hiasan seperti di pinggan, mangkuk, sudu, tepak sirih, tombol pintu, buku, al-Quran, jam, pen dan sebagainya adalah DIHARAMKAN bagi lelaki sepenuhnya.

Namun demikian khas untuk wanita, apa sahaja perhiasan yang digunakan di tubuhnya seperti rantai, gelang, cincin, jam emas adalah dibenarkan.

As-Syeikh Ibn Nujaim Al-Hanafi berkata :-

إذا ثبت - يعني التحريم - في الشرب : فالأكل كذلك ، والتطيب ، لاستوائهم في الاستعمال ، فيكون الوارد فيها يكون واردا فيما هو في معناها ، ولأنها تنعم بتنعم المترفهين والمسرفين وتشبه بهم

Ertinya : Apabila terbukti haram untuk minum darinya (emas), maka makan juga termasuk di dalamnya, demikian juga berhias dengannya disebabkan sama taraf penggunaannya, maka apa yang disebutkan (oleh hadis) itu akan terkena bagi semua yang sama ertinya dengannya, disebabkan semuanya memberi sifat kemewahan berlebihan, pembaziran dan menyerupainya.[2]

Ibn Qayyim pula menegaskan :-

وهذا التحريم لا يختص بالأكل والشرب ، بل يعم سائر وجوه الانتفاع ، فلا يحل له أن يغتسل بها ، ولا يتوضأ بها ، ولا يدهن فيها ، ولا يكتحل منها ، وهذا أمر لا يشك فيه عالم
Ertinya : Pengharaman ini tidak terhad kepada makan dan minum ( di dalam bekas emas ) sahaja, malah ia juga termasuk segala jenis bentuk penggunaannya, maka tidak halal mandi darinya, berwudhu, meletak lemak atau minyak masak padanya, bercelak darinya, ini semua perkara yang tidak ragu lagi akan hukum haramnya. [3]

Syeikh al-Bahuti al-Hanbali dan Ibn Mufleh menambah lagi penggunaan emas yang diharamkan seterusnya seperti di lampu, katil, kerusi, kasut, sudu, pintu, atap dan sebagainya.[4]

Walaupun semua isu di atas memperincikan perihal penggunaan emas sebagai perhiasan, bagaimana pula jika wanita menggunakannya untuk perhiasan di wajahnya?

Jawapnya, ia adalah halal, namun bagaimana pula jika emas tersebut meresap melalui penggunaan gel atau krim beserbuk emas ke dalam tisu wajahnya?. Adakah ia masih termasuk dalam kategori berhias yang dibenarkan atau tidak?

Kerim atau gel itu akan menjadi haram bagi lelaki disebabkan sabdaan Nabi :-

عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: أخذ حريرا فجعله في يمينه، وأخذ ذهبا فجعله في شماله، ثم قال: إن هذين حرام على ذكور أمتي

Ertinya : Dari Ali bin Abi Talib r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengambil sutera dan diletakkan di tangan kanannya, dan mengambil emas di tangan kirinya lalu berkata : kedua-dua item ini adalah haram untuk lelaki (sebagai perhiasan) di kalangan umatku ( Riwayat Abu Daud : sanad yang baik)

Namun bagi wanita, di sana mungkin akan wujud ilmuan Islam yang berpendapat ianya adalah diharuskan kerana ia masuk tergolong di dalam kategori perhiasan fizikal wanita. Cuma sedikit perbezaannya, yang disepakati harus di kalangan ulama adalah perhiasan luaran, tetapi dalam kes ini, ia telah menjadi perhiasan dalaman.


 http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/886-perbincangan-hukum-kosmetik-dengan-serbuk-emas.html

Maka jelas kaum lelaki sama sekali tidak bisa menggunakan apa-apa produk berunsurkan emas walaupun sekecil nano. Oleh itu,  produk kami yang tidak boleh digunakan oleh kaum lelaki ialah sSerum Stemcell 24k Gold.

Seharusnya kita bersama-sama berfikir sejenak akan hal ini dan tidak membuta tuli menjual dan memakainya. Oleh itu, saya memohon kemaafan buat pelanggan DMS360 yakni kaum lelaki kerana telah menjual produk ini secara umum kepada kalian.




No comments