Mitos Jeragat Keturunan dan Cara Mengatasinya


Jeragat, bintik hitam atau "freckles" adalah masalah kulit yang menyebabkan tompokan yang tidak rata. Tompokan ini boleh jadi warnanya hitam pekat atau hitam kelabu. Ia juga boleh tumbuh seperti satu peta yang besar mahupun bintik-bintik yang merayap di wajah anda. Menurut Persatuan Dermatologi Amerika Syarikat (AAD), jeragat merupakan salah satu tanda kerosakan pada kulit.


Tahukah anda Jeragat Keturunan?


“ JERAGAT KETURUNAN, BETUL KE?”

Terdapat banyak persoalan mengenai sama ada masalah jeragat/ bintik hitam atau pigmentasi ini keturunan atau tidak. Seperti saya sendiri, saya juga merasakan bahawa saya mempunyai jeragat ini akibat keturunan. Masakan tidak, seingat saya, dari kecil lagi saya sudah memiliki bintik tompokan hitam ini di pipi saya sendiri. Walaupun tidak banyak, namun kita boleh rasakan kelainan antara wajah kita dengan yang lain. Dikatakan faktor terbesar penyebab jeragat adalah kerana faktor keturunan atau genetik.

Hari ini kita akan berbincang mengenai jeragat keturunan dan bagaimana mengatasinya. 

Jeragat atau pigmentasi kulit pada asalnya disebabkan oleh sinar UV dari matahari. Secara semualajadi, kulit mampu menahan sinar UV, tetapi apabila kita semakin tua, imuniti badan akan berkurang dan faktor ini menjadikan kulit terkesan akibat bertahun tahun terdedah kepada matahari. Saya pernah juga membaca beberapa artikel yang mengatakan adalah wajib untuk kita memakai sunblock dengan SPF30 ke atas setiap hari bagi mengelakkan masalah jeragat ini terjadi. Amalkan dari usia muda dan anda bakal selamat dari masalah jeragat. Namun, UV bukanlah satu-satunya penyebab jeragat.

Apabila usia kita semakin meningkat, matahari akan menyebabkan mutasi genetik yang bertanggungjawab untuk pembentukan pigmen kulit yang dinamakan “melanin”. Mutasi genetik ini juga boleh berlaku pada anda yang berkulit cerah kerana pengurangan kandungan melanin pada kulit tersebut. Mutasi genetik yang dialami oleh individu tersebut boleh disebarkan kepada anak-anak mereka dan anak-anak juga akan berakhir dengan pigmentasi kulit.

Menurut Pakar Kulit Jerawat dan Jeragat, Dr. Haseenah Hassan jerawat selalunya berkaitan dengan stress manakala 90% masalah jeragat adalah disebabkan oleh keturunan.
Read more: http://cikjan.com/adakah-jeragat-kerana-keturunan/#ixzz5MukLtDSJ

NAHHH.. Maka jawapan straight forward kepada persoalan sama ade jeragat ini disebabkan keturunan, adalah YA! .

Dimana Keluarnya Jeragat?


Kawasan yang biasa terlibat dengan jeragat ini adalah dibahagian pipi. Malahan ada juga masalah jeragat ini dibahagian hidung, dahi, leher serta di lengan.. Mengikut apa yang saya baca dan faham, masalah jeragat ini terjadi apabila usia meningkat ke 30an. Akan tetapi, pada zaman serba canggih sekarang ini usia bukan lagi pengukur untuk masalah jeragat. Tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik. Tidak mustahil kerana saya sendiri sudah mempunyai masalah ini diusia yang muda (sekolah rendah).

Adakah Jeragat Penyakit Serius?


“Walaupun jeragat tergolong sebagai penyakit kulit ia bukanlah penyakit serius dan tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka, berdarah dan bernanah pada kawasan bermasalah,” kata Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani.

Tetapi ini tidak bermakna ia tidak boleh dikawal. Anda perlu terlebih dahulu mengetahui punca pigmentasi sebelum ia dapat dirawat dengan betul. Apa jua jenis pigmentasi kulit anda, 2 perkara ini pasti akan berlaku jika tidak di tangani dengan betul:

1. Ia akan lebih merebak ke area lain pada wajah.

ATAU

2. Ia menjadi semakin gelap

Jeragat dari tompok-tompok kecil boleh menjadi satu peta besar jika anda tidak mengambil endah mengenai masalah ini. Usah biarkan jeragat menguasai wajah anda.


5 Cara Untuk Mengurangkan Masalah Jeragat.

  • Memakai “sunblock” atau krim SPF untuk lindungi kulit dari sinar UV ketika melakukan aktiviti luar. Pancaran matahari merosakkan melanin kulit dan lama kelamaan boleh menyebabkan kulit berjeragat
  • Elakkan menggunakan skincare yang mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hydroquinon, paraben. Jangan gunakan produk yang boleh menggelupaskan kulit. Lapisan kulit makin nipis menyebabkan kerosakkan dan kulit menjadi makin sensitif.
  • Pastikan tidak menggunakan kosmetik yang lama. Produk kosmetik ada tarikh luputnya. Bukan bermakna produk yang anda beli 10 tahun boleh dipakai meskipun masih elok.
  • Mengamalkan pengambilan supplement yang mengandungi anti oksidan tinggi seperti Vitamin E, B complex serta Vitamin C. Collagen juga disarankan ambil kerana usia 25tahun keatas kolagen semulajadi badan makin berkurang.
  • Minum air masak 3liter lebih sehari

Semoga entri ini dapat membantu kalian semua :)


Jeragat merupakan satu masalah kulit tetapi kita boleh atasinya dengan baik dan perlukan konsistensi dalam usaha kita. Produk kecantikan merupakan salah satu usaha mencantikkan kulit dari luaran, tetapi dalaman perlu juga dirawat. Jeragat keturunan merupakan jeragat yang sukar untuk diatasi ini kerana ia sudah dalam hidup dalam diri kita. Tanpa penjagaan wajah serta tidak suka memakai sunblock ini bakal menyebabkan jeragat anda bakal menjadi kronik. 

Jadi pastikan anda semua apabila terlalu kerap bekerja di bawah cahaya matahari terik, pakai produk penghadang UV dan produk yang mampu merawat masalah anda. Yang penting, jangan sesekali benarkan jeragat atau tompok hitam ini merebak dan menjadi peta. Kulit kita akan jadi lebih gelap dan lebih tua. Bukankah ini sangat menakutkan?

Mencegah adalah lebih baik!








Produk DMS fokus kepada masalah jeragat. Tidak kiralah apa jua faktor jeragat anda. Penggunaan set lengkap DMS mampu memudarkan dan dengan konsisten penggunaan set lengkap ini wajah anda bakal menjadi lebih bersih bersinar dengan jeragat yang semakin menghilang.

Kami mempunyai 2 jenis set lengkap untuk anda;

1. Set lengkap DMS360 iaitu set asas DMS360, serum stemcell plus dan 4D foundation SPF50.
Set ini sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja seawal remaja. 



2. Set lengkap Glowing Speed Galatica iaitu set asas Glowing speed, serum stemcell plus dan 4D foundation SPF50.




Untuk sebarang konsultasi dan soalan boleh terus whatsapp saya di 0189100852.


No comments