Iklan Produk Melampau Benarkah Begitu?

Beriklan secara jujur dan niat membantu insan yang ingin menyelesaikan masalah bukan kerana mahu jualan laris semata.

Bismillah.

Kami terkesima juga apabila terbaca nukilan seorang wanita mengenai pendapatnya tentang iklan-iklan berbentuk merendahkan diri wanita dan terpaksa membeli produk-produk kecantikan, pelangsingan dan aset wanita. Mungkin ada beberapa iklan yang terlalu menyentuh aspek emosi seorang wanita khususnya apabila menyebut "suami tidak sayang", "suami kawen lain" dan sebagainya. Maka dengan membeli produk-produk ini konfirm perkara tersebut tidak berlaku. Jika inilah iklannya, maka kita turut setuju bahawa iklan tersebut agak melampaui batas.

Apabila kita mempromosikan sesuatu produk, emosi pelanggan amat penting untuk kita jaga.  Namun perkara utama ialah bagaimana dapat kita bantu pelanggan dengan produk yang kita ada. Bantu pelanggan memahami masalah yang dihadapi dan kemudian bagaimana produk ini mampu meringankan kerunsingan mereka.

Di DMS360 kami ada pelbagai jenis produk. Dari wajah, pelangsingan, menjaga aset dalaman dan luaran wanita juga lelaki, kesihatan malah produk mencuci usus juga kami ada. Tidak pula bagi kami, menjalankan perniagaan dengan menipu agar semuanya indah bagi anda. Sejujurnya apa jua produk yang anda cuba tidak semua serasi atau sesuai dengan diri kita. Tetapi dengan memilih produk yang selamat dan halal adalah salah satu kriteria utama kita.

Sebagai wanita, kesedaran menjaga diri adalah sangat penting. Kalau dulu sebekum kahwin kurus, comel selepas kahwin badan gemuk sampai obese, yang comel dah hilang entah ke mana.. Lalu kita menyalahkan kerana suamilah, kerana anaklah.. Kerana tiada masalah.. Betulka kerana mereka atau kerana diri kita sendiri?

Jika anda sayangkan diri anda, jaga diri dengan baik. Celik kesihatan. Celik kecantikan. Jika semua produk di luar mahal, lakukan dengan jaga usus kita menikmati makanan-makanan sihat, jauhkan dari terlalu banyak makan makanan manis, lebihkan air kosong dan lakukan senaman setiap hari. Berfikiran positif juga salah satu rahsia kecantikan wajah. Wajah yang selalu tersenyum ialah wajah yang cantik dan membuatkan orang disekeliling senang melihat kita.

Ambil masa membaca tentang kecantikan wajah. Masalah jeragat, jerawat, kegemukan semuanya berpunca daripada sesuatu. Maka kitalah yang harus bantu diri sendiri mengatasi masalah tersebut. Produk dan supplemen hanyalah satu alat untuk anda merealisasikan impian anda. Bukanlah alat magik yang terus melakukan keajaiban yang anda inginkan.

Ingat ya.. Kecantikan itu tanggungjawab kita. Kecantikan wajah, diri, pemakaian, percakapan ini semua lambang kecantikan wanita berjaya dan berkeyakinan.

Mari saya kongsikan luahan sahabat ini ya.

Menyampah betul tengok iklan provokasi terutama yang menjual jamu rapat/jamu longgar ni.

Nanti suami cari lain bila dah gemuk
Nanti suami jatuh cinta dengan perempuan lain sebab kau punya semua dah longgar..
Nanti suami dah tak sayang dan pandang perempuan lain sebab fizikal dah berubah..

Huhhh..suka memfitnah suami orang yang buat iklan ni. Sampai alat sulit wanita pun dia ambil peduli...

Berapa ramai kawanku yang gemuk tetapi suami tetap sayang dan cinta.

Berapa ramai sahabatku yang masih muda, bergetah tetapi diceraikan suami kerana suami main kayu tiga..

Berapa ramai sahabat ku yang anak berderet tetapi suami tetap sayang dan jalan berpegang tangan..

Dengan iklan nilah yang membuat perempuan selalu rasa rendah diri..
Hey betullah nanti aku gemuk laki aku tak sayang?
Hey..takutlah kalau semua longgar, suami dah tak cinta?
Dan natijahnya..bersusah payah beli benda yang tak sepatutnya takut suami lari..
Sampaikan tak tahu apa bahannya dan menjadi kecelakaan pula, contohnya mendapat kanser..

Suami yang baik, yang ada iman sentiasa menjaga hubungan dia dengan isteri, sentiasa hidup dalam kasih sayang..tak kira gemuk, pipih, bulat ke dia tetap sayang...

Bukannya kerana jamu dan segala ubat ubatan...

Fb Norhayati Berahim


Saya kongsikan antara pendapat usrah mengenai luahan Norhayati Ibrahim

Ada pro and con. Perempuan jgn ambil mudah isu kesihatan dan kecantikan. Jagalah kesihatan bila sakit nanti kita tanggung sendiri. Sakit yg kita tanggung tak boleh nak dipindahkan kpd org lain.

Bukan juga isu suami kahwin lain tapi isunya kesihatan dan kecantikan utk diri sendiri. Bab jodoh panjang atau tidak semuanya dlm takdir Allah tetapi kita usaha jaga diri selagi mampu..

Jaga makan minum, exersice (buat kerja rumah pon dah boleh bakar kalori) jaga kebersihan diri, jaga tidur dan amal ibadat..☺️ InsyaAllah minda dan aura positif melingkari hidup kita.

Admin muslimah circle🌸
@muslimahcircle


Nukilan admin DMS360ORIGINAL
emme Marina
Stokis Leader DMS360


No comments