Yang Mana Terbaik? Set Asas DMS360, Glowing Speed atau DMSONE?

Assalamualaikum,

Tiga set asas yang menjadi sasaran dan mendapat permintaan tinggi di pasaran semestinya DMS360 dan Glowing Speed 24k. DMS One baru sahaja dipasarkan pada bulan Mac 2017 tempoh hari turut menunjukkan prestasi dan keberkesanan yang hebat berbanding DMS360 dan Glowing Speed.

Maka, 3 jenis set asas DMS yang kini semakin mendapat tempat di hati pengguna DMS ialah DMS360, glowing Speed dan DMS ONE. Persoalannya bagaimana nak memilih yang mana terbaik buat kulit kita? Ada pelanggan yang keliru kerana DMS menyediakan terlalu banyak set asas. Tidak mengapa. Insha Allah,  semoga entri ini dapat bantu kalian memilih set asas yang terbaik dan serasi buat kulit wajah anda.


Asas formula bagi ketiga-tiga produk ini adalah sama.  Kesemua produk ini adalah berasaskan air dan dari korea dermatologi. Yang membezakan mereka ialah ramuan utama sahaja.

Apa ramuan utama 3 set asas ini ya?


Jika anda perhatikan ramuan-ramuan dalam set asas, DMSONE memiliki unsur minyak yang banyak. Oleh itu, DMSONE kami sarankan kepada pengguna yang mempunyai kulit kering, sensitif dan ekzema. Menurut kajian, kulit sensitif dan ekzema memiliki kulit kering dan adakalanya bersisik. Oleh sebab itulah DMSONE JUGA SEBAGAI PELEMBAP sangat sesuai buat mereka.

Glowing Speed dengan 2 gabungan produk pencerah iaitu Glutathione, dan Arbutin. Amat sesuai bagi mereka yang berpanas sepanjang hari, cepat sunburn dan inginkan kulit cerah yang berkesan dalam jangka masa singkat. Ha, itulah sebabnya namanya SEPANTAS SINAR. selain itu,  Glowing speed sangat disarankan bagi mereka yang mempunyai masalah pori-pori berlubang, berminyak dan berjerawat.

DERMAX SUPERSKIN 360 atau DMS360 pula merupakan produk yang sesuai tuk semua jenis kulit dan masalah. Produk ini sudah lama di pasaran malah telah mempunyai ribuan testimoni dan pengguna setia. Jika anda tidak yakin mana satu set asas yang hendak dicuba, anda bolehlah cuba set asas DMS360 ini.

Ha, jelas tak?
Sudah kenalpasti yang mana satu set asas yang sesuai bagi anda?

Oops, saya tidak sebut pun tentang jeragat ya. Ok sebelum itu, jeragat atau tompok hitam adalah masalah kulit yang sukar untuk dihilangkan. Jika anda mempunyai jeragat keturunan atau jeragat hormon, banyak faktor yang mempengaruhi maka lebih sukar dipudarkan melalui produk skincare luaran. Anda perlu jaga pemakanan dan alert dengan perubahan hormon anda.

Kesemua set asas DMS360, GLOWING SPEED dan DMSONE mampu membantu anda memudarkan masalah jeragat @ tompok hitam. Namun,  saya sarankan penambahan serum untuk kesan yang lebih maksima. Foundation juga perlu supaya anda dapat mencegah sinar UV menembusi kulit anda. Jika anda sudah mula memiliki tompok-tompok jeragat, cahaya matahari secara terus merupakan musuh kalian. Pastikan anda keluar rumah dengan foundation ataupun sunblock ya.


No comments