10 Manfaat Penggunaan Krim Malam pada Wajah




Fuiyyo, kalau uols tahu kebaikan pakai krim malam.. Mesti uols tak akan tinggal pakai punya. 

Waktu malam merupakan waktu yang paling sesuai untuk kita merawat kulit. Ini kerana keadaan kulit kita berada dalam mood tenang dan rileks. Jom baca betapa bestnya pakai krim malam;

+ Krim malam memberi kesan melembapkan terutama untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Bila kulit lembap, kesan makeup pada siang hari lebih cantik.

+ Krim malam melembutkan kulit. Bangun pagi ibarat pakai masker telur.

+ Krim malam boleh memberi kesan tekstur yang lebih halus. Seronok kan tengok kulit halus, takde la jeles tengok kulit artis halus mulus. Kita pun boley.

+ Krim malam akan tingkatkan kolagen kulit.

+ Krim malam juga sangat membantu dalam peredaran darah lebih baik sekitar muka. Sebab tu nampak segar muka orang yang pakai krim malam.

+ Krim malam boleh mengurangkan kedut dan garis-garis halus di muka kesan dari penuaan serta mengelakkan kulit dari menggeleber.

+ Krim malam menjadikan kulit lembut dan gebu. Semua perempuan memang suka kulit gebu kan.

+ Penuaan kulit tidak akan nampak bila konsisten menggunakan krim malam

+ Krim malam membantu kulit kembalikan keanjalan

+ Krim malam membantu dalam pembaharuan sel dan menyuburkan kulit
.
Fuh, bestkan pakai krim malam? 




No comments