Muka Jadi Buruk kerana Tidak Pakai Sunscreen! Mari Baca Kepentingan Memakai Suncreen Setiap Hari

Lihat apa yang matahari boleh lakukan pada kulit wajah anda hari demi hari 🌞

Cahaya matahari terbukti secara saintifik menyebabkan PENUAAN FOTO (photoaging).

Sebuah artikel dari New England Journal Medicine yang diterbitkan pada tahun lepas menunjukkan gambar seorang lelaki berusia 69 tahun dengan sejarah 28 tahun pendedahan cahaya matahari kepada separuh daripada mukanya.

Beliau adalah seorang pemandu trak, dan sebelah kiri wajahnya terkena cahaya matahari tanpa sebarang perlindungan krim ber-SPF.

Perhatikan kulitnya menjadi lebih kasar, menebal dan kedutan di sebelah kiri, berbanding dengan kulit yang kelihatan lebih licin dan muda di sebelah kanan (kawasan yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung).

Kesan ini adalah kumulatif.
Bermaksud ia mengambil masa hari demi hari dan tahun demi tahun.

Apa yang anda lihat pada kulit wajah anda hari ini ialah kesan dari bagaimana anda menjaganya sejak beberapa tahun lepas. Justeru, jangan terburu-buru dalam merawat kulit dan expect fast result ketika memakai sebarang produk penjagaan muka.

So, lepas ni jangan lupa pakai sunblock/krim siang/foundation.

#SHARE supaya lebih ramai lagi yang menyedari akan kepentingan memakai krim berpelindung SPF!

Untuk lebih informasi, jangan lupa baca entri

 Check out this blog "Apakah Perbezaan Sunscreen dan Sunblock? " http://www.dms360original.com/2016/09/apakah-perbezaan-sunscreen-dan-sunblock.html 

 Check out this blog "Manfaat SPF dalam Krim Siang Untuk Kulit Anda" http://www.dms360original.com/2017/10/manfaat-spf-dalam-krim-siang-untuk.html 


No comments