Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah kita semua berjaya mengharungi sebulan di bulan Ramadhan dengan penuh amal dan ibadah hendakNya. Tanpa keizinan yang Maha Esa, tiadalah kudrat yang dapat kita lakukan walaupun selangkah. SesungguhNya kita ini hanyalah jasad kosong yang diperintahkan oleh Allah untuk mentaati dan mengikuti suruhan dan meninggalkan laranganNya. 

Terima kasih saya ucapkan buat semua pelanggan dan pembaca setia website www.dms360original.com. Tidak kira apa tujuan anda di sini, saya sangat hargai kesudiaan anda bersinggah di sini. Tanpa anda, tiadalah kami. 

Sempena bulan mulia ini, saya ucapkan Selamat hari raya aidilfitri dan memohon ampun jika dalam sepanjang perkenalan kita, ada bahasa yang kurang elok, ada layanan yang kurang mesra.. Maafkanlah saya. Semoga kita semua diberikan jodoh untuk bertemu kembali di ramadhan akan datang. Insha Allah

Nak cantik?
Nak kurus?

Produk DMS kan ada :)


Salam Aidilfitri
Semoga kalian semua selamat pulang ke kampung, ceria-ceria selalu dan yang penting buangkan yang keruh ambil yang jernih. 


Salam sayang

Stokis Leader DMS360
VVIP 0102
EMME MARINA

No comments