Senarai dan Contoh Produk Tiruan DMS360, Glowing Speed dan Banyak Lagi

Bismillah


Bahaya bahana memakai produk tiruan kosmetik dan produk penjagaan kulit

Menurut Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif Hospital Pakar KPJ Johor, Dr. Faizal Ali, kosmetik yang selamat ialah kosmetik yang tidak mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan seperti menyebabkan kanser, kerosakan kepada kulit, organ dalaman dan kesan buruk kepada kulit untuk jangka panjang.

Tambah Dr. Faizal, setiap orang pasti tidak mahu menerima risiko kerosakan wajah kerana wajah ialah aset yang sangat penting pada setiap wanita. Oleh itu, pengguna perlu prihatin dan berhati-hati terhadap kosmetik yang terdapat di pasaran hari ini.

“Wajah ialah cermin diri anda. Anda perlu menjaganya agar tidak rosak,” katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Produk tiruan sama sekali tidak akan sama dengan produk asli. Walaupun luaran boleh ditiru, warna seakan sama. Produk tiruan yang dioles pada wajah tidak sama kesannya dengan produk tiruan seperti tudung, baju ataupun beg. 

Kita tidak tahu apakah ramuan yang diletakkan di dalam produk tiruan kosmetik ini. Namun harganya yang murah, kita jadi rambang mata. Mahukan wajah yang cantik, mulus dan bersih rupanya muka telahpun menjadi bahan eksperimen pihak tidak bertanggungjawab. 

Produk rangkaian kecantikan dari syarikat Dermax Superskin 360 atau dikenali sebagai DMS360 juga antara mangsa terhebat pihak tidak bertanggungjawab. Produk original DMS360 mencecah RM 40 ke RM 200 seunit tetapi dengan memilih produk tiruan anda mendapat produk DMS360 ini dengan harga serendah RM 1 sahaja. Bayangkanlah betapa murahnya dan betapa menakutkan jika kita tahu apa yang terkandung di dalam produk tiruan ini. 

Jadilah pengguna bijak dan jaga wajah anda dengan berhati-hati. Tidak salah mahu beli produk tiruan seperti beg atau pakaian, tetapi untuk produk kecantikan yang bakal menyerap ke dalam kulit anda, terus kepada sistem badan anda iaitu darah anda. Menjadi racun pembunuh secara senyap. 

Jika anda sayangkan diri anda lebih daripada poket anda. Maka pilihlah produk original sahaja. Tidak kiralah barangan kosmetik, perfume, penjagaan kesihatan dan supplement. Jangan kerana sayangkan duit kononnya anda sanggup meracun diri anda sendiri. Percayalah syarikat keluaran asli tidak akan bertanggungjawab atas pembelian anda ini. Jika anda sendiri memilih membeli yang tiruan, ianya tanggungjawab anda. 

Oleh itu, saya senaraikan contoh-contoh produk tiruan DMS360 yang masih berleluasa di media, tidak kiralah di Facebook, Instagram, Lazada, Shopee juga 11street Shopping. Pastikan anda mendapatkan produk original DMS360 dengan stokis dan agen-agen sah berdaftar dengan syarikat DMS360.














Senarai produk DMS360 yang telah diklonkan oleh pihak tidak bertanggungjawab:

  1. SET ASAS DMS360
  2. SET ASAS GLOWING SPEED
  3. SET ASAS DMSONE
  4. FOUNDATION 4D
  5. FOUNDATION 5D
  6. FOUNDATION CC CREAM
  7. SERUM GLOWING
  8. STEMCELL APPLE SWISS
  9. STEMCELL 24K GOLD
  10. MISS SLIM (PRODUK KURUS BERASASKAN HERBA)

Khas buat pengguna DMS360 yang telah tertipu dan terbeli produk tiruan DMS360, oleh ini saya mengumumkan dengan pembelian di DMS360original.com anda layak mendapat diskaun 5% dan Percuma penghantaran seluruh Malaysia apabila membuat pembelian baru.

Syarat untuk mendapatkan harga diskaun ini ialah:

1. Whatsapp ke 018-9100852

2. Berikan gambar produk tiruan DMS360 anda dan di mana anda membelinya.

Semoga dengan diskaun ini dapat membantu kalian mencuba produk DMS360 yang asli tanpa mendapat kesan sampingan merbahaya iaitu racun pembunuh senyap.

2 comments

  1. Yang dijual d shoopee smuanya tiruan kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak semua tetapi majoritynya sehinggakan kami seller sah dms tak dpt cari makan sgt kat shopee huhu. Majority customer suka yang harga murah kemudian kata ori, dan bila ada masalah salahnya produk ori sedangkan terang-terangan adalah produk fake

      Delete