Perbezaan Kulit Lelaki dan Wanita

[ Perbezaan Kulit Lelaki Dan Wanita ]
.
Kulit manusia secara asasnya dipengaruhi oleh hormone.
.
Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala estrogen mempengaruhi kulit wanita.
.
Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak berbanding wanita.
.
Kulit lelaki 20% lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari. Sebab tu penampilan seorang lelaki lambat tua berbanding wanita.
.
Manakala wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki seusia.
.
Walaubagaiamanapun semakin berusia kulit lelaki menjadi semakin nipis manakala ketebalan kulit wanita tidak berubah.
.
Lelaki juga mempunyai ruang pori yang lebih besar, kalenjar sebum yang lebih aktif dan mempunyai saluran darah lebih banyak. Oleh sebab itu kulit lelaki kelihatan lebih kasar , lebih berpeluh dan berminyak.
.
Bagi lelaki yang kerap bercukur akan hilang satu lapisan hydrolytic film di permukaan kulit. Ini menjadikan kulit lebih sensitif.
.
Seperti wanita, lelaki juga seharusnya mengambil berat tentang penjagaan kulit lebih-lebih lagi kulit muka yang selalu terdedah kepada sumber radikal bebas seperti cahaya matahari, pencemaran dan lain-lain lagi.

Semoga artikel dapat membantu kalian semua di luar sana. ;)


No comments