Soal Jawab Produk DMSONE / DMS360/ Glowing Speed

Soal Jawab Berkenaan Produk DMS360 (Dermax Superskin 360) - Kecantikan dan rangkaian DMS360


Stokis Leader VVIP DMS360
Emme Marina


Update 12 July 2022

Set Kecantikan DMS 360


DMS360 dan Glowing Speed Sudah berubah Wajah dan Nama






Skincare Glowing Speed Galatica




Skincare DMS 360 rescue

FOUNDATION DMS360




SERUM DMS






Assalamualaikum pembaca sekalian,

Diharapkan agar entri ini dapat membantu anda menjawab pelbagai soalan mengenai produk dms dan kesan healing yang berlaku selepas menggunakan set asas 

Belilah dengan agen-agen atau pengedar sah dms360 sahaja dan bukan sembarangan membeli hanya kerana harga mereka lebih murah.


kad agen bermula september 2020




Yang paling penting,

kita letak diri kita sebagai pelanggan yang akan menggunakan produk dms ni, di kulit kita, dalam badan kita. Saya tak mahulah anda tersalah beli kemudian menderita kemudian hari.

Harga yang HQ tetapkan sudah amat berpatutan dengan kualiti produk, ramuan yang bermutu, malahan produk-produk dms menggunakan teknology dermatology dari korea dengan menggunakan hanya bahan semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya dan servis kami sebagai agen sah buat anda semua.



Pernahkah kalian bertemu dengan produk bumiputera Malaysia yang dapat award di peringkat antarabangsa?


FAQs DMS360

Soalan yang biasa ditanya customer

1. Apa kelebihan produk ini?

Fokus utama produk kecantikan keluaran DMS ialah:- Mengatasi masalah kulit berjeragat, masalah kulit berjerawat, masalah kulit kusam dan khusus muka rosak akibat bahan kimia merbahaya. Dengan produk DMS, kulit bertambah berseri, cerah dan bebas cela.


- Menjadikan wajah awet muda.
- Mengecilkan liang pori-pori pada muka.
- Merawat kulit kusam dan warna kulit tidak sekata.
- Mengecut, memudar dan menghilangkan jerawat dan parut jerawat.
- Menghilang & memudarkan bintik-bintik hitam (jeragat).
- Membuat wajah bersih, lembap, berseri, licin, gebu, cerah, lembut & halus.

2. Siapa yang boleh guna produk dms?

- Produk sesuai untuk perempuan & lelaki pada semua peringkat umur seawal 12 tahun (bagi DMS360 - DMS Viral & DMSONE Exclusive) manakala, Glowing speed - GS Viral disarankan umur 18 tahun ke atas. Jika anda berumur 40 tahun ke atas, Glowing speed 24k Gold (GS Viral) merupakan pilihan terbaik.

3. Berapakah tempoh masa krim & sabun ini boleh habis?

- Bergantung kepada pemakaian pengguna. Biasanya 2 bulan hingga 4 bulan untuk krim, manakala 2 ke 3 bulan untuk sabun.

Untuk 20g krim mampu bertahan 2 ke 4 bulan penggunaan (DMS360)
Untuk 30g krim mampu bertahan 3 ke 5 bulan penggunaan (Glowing speed dan DMSONE)

Bagi jangka hayat sabun honeydew (sabun hijau dms) dan sabun emas (sabun glowing speed), cara jimat ialah potong sabun kepada ketulan kecil dan elakkan terus dari terkena air. Bila hendak digunakan, basuh tangan dahulu baru pegang sabun dan gosok sehingga berbuih.

**Jangan pula letak sabun pada air untuk dapatkan buih. Nanti lagi cepat habis.

4. Berapa lama masa yang diambil untuk melihat keberkesanannya?

- Kesannya bergantung kepada jenis kulit muka, persekitaran (suasana tempat kerja), usia (remaja lebih cepat kerana metabolisme tinggi, sel-sel kulit aktif menyerap khasiat produk) & pemakanan.
- Biasanya dalam masa 1 - 3 minggu sudah nampak jerawat berkurangan. Kulit menjadi lebih halus, pori-pori mengecil, cerah dan terasa lembab semulajadi.
- Selepas penggunaan selama 4-6 minggu, parut jerawat kian pudar, jeragat mulai hilang, garis-garis halus berkurangan, kulit lebih anjal dan mulus.
- Wajah bebas dari sebarang cela dan masalah selepas penggunaan 3-6 bulan. Teruskan rutin pemakaian dan anda pasti yakin dengan kehebatan produk ini.

5. Adakah Krim Malam perlu dipakai tiap-tiap malam?

- Untuk pengguna yang baru menggunakan produk ini, penggunaan Krim Malam memang sangat digalakkan untuk dipakai tiap-tiap malam sehingga kulit muka betul-betul cantik, licin dan bebas dari segala penggelupasan. Tahukah anda krim malam sangat bagus untuk kekal cantik dan awet muda?

6. Apakah kandungan bahan dalam produk ini?




- Produk ini hanya mengandungi bahan semula jadi. Tiada bahan kimia, merkuri, hidrokinon, paraben atau SLEs.

7. Apakah Kesan Sampingan Produk DMS 360/ DMSONE Exclusive/ glowing speed?

- Ia membersih secara semulajadi dan tidak memudaratkan kulit untuk penggunaan berterusan / jangka panjang. Ia juga tidak menipiskan atau memerahkan kulit muka.

Terbukti tiada kesan sampingan apabila anda berhenti memakai produk keluaran DMS.

8.. Sabun mudah cair bila terkena air dan rosak, bagaimana cara nak elak?

- Sabun mudah bertindak balas pada kelembapan. Sila potong sabun menjadi bahagian-bahagian yang kecil, gunakanlah ia sedikit demi sedikit dan simpan dalam bekas tertutup.

Bagi jangka hayat sabun honeydew (sabun hijau dms) dan sabun emas (sabun glowing speed), cara jimat ialah potong sabun kepada ketulan kecil dan elakkan terus dari terkena air. Bila hendak digunakan, basuh tangan dahulu baru pegang sabun dan gosok sehingga berbuih.

**Jangan pula letak sabun pada air untuk dapatkan buih. Nanti lagi cepat habis.

9. Bolehkah produk DMS 360/ DMSONEExclusive /glowing speed dicampur penggunaanya dengan produk lain yang sama jenis?

- Tiada masalah selagi mana produk tersebut adalah natural. Namun jika berlaku tindak balas tidak serasi. Mohon berhenti dahulu dan hubungi agen sah anda.

10. Adakah boleh dipakai dengan serum/krim foundation?

- Ya, untuk kesan yang lebih baik. Fungsi setiap produk ini berbeza. Serum tidak sama fungsi dengan krim. Untuk kesan terbaik dan pantas, set lengkap adalah yang terbaik. Foundation melindungi 2x ganda wajah anda pada waktu siang dari sinaran matahari dan UV, manakala serum meresap jauh ke dalam kulit dan merawat dari dalam berbanding krim.

Kami mempunyai serum dan foundation tersendiri yang boleh anda gabungkan bersama set asas DMS360 (DMS Viral), DMSONE EXCLUSIVE atau glowing speed 24k gold (GS Viral).

Untuk set lengkap: Set asas DMS360 atau Glowing speed + serum glowing + 4d foundation

11. Kenapa muka terasa sedikit pedih selepas guna produk ini?

- Jika di awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan Krim siang untuk beberapa hari tetapi rutin pemakaian Sabun pembersih dan Krim malam usah diabaikan. Selepas kulit pulih baru gunakan semula Krim siang seperti biasa. Penggunaan serum glowing amat digalakkan bagi mempercepatkan proses penambaik wajah dan merawat kulit rosak serta jika anda mempunyai masalah resdung.

- Elakkan mencuci muka terlalu lama ini juga boleh menyebabkan keradangan dan kulit kering pada pertama kali pemakaian. Cukup beberapa saat sahaja ketika mencuci wajah anda.

- Jika anda memiliki 360 serum glowing, gunakan serum ini supaya dapat memulihkan dan merawat wajah lebih cepat ketika proses rawatan dan kesan rawatan berlaku.

12. Adakah produk ini akan menyebabkan kegatalan?

- Bergantung pada kulit muka seseorang. Antara kesan awal penggunaan ialah rasa gatal-gatal di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan untuk beberapa hari sahaja. Proses itu adalah biasa dan tak perlu risau kerana ia hanyalah sementara sahaja. Kemudian keadaan kulit kembali normal, terasa segar, lembab semulajadi, halus dan anjal secara beransur-ansur.

- Teruskan penggunaan produk. Pastikan agen anda tunjukkan caranya dan bantu anda semasa proses rawatan berlaku.

13. Kenapa ada keluar jerawat kasar dan ada yang halus?

- Biarkan jerawat itu keluar dan jangan diusik. Dengan pemakaian krim DMS 360/ Glowing Speed, jerawat itu akan kecut, pudar dan hilang. Ianya hanyalah tindak balas toksin pada wajah anda. Namun bukan semua orang akan alami perkara ini. Perbanyakkan minum air kosong dan tuam ais pada wajah pada waktu malam. Seeloknya cuci muka dengan air suam ketika ini.

14. Adakah produk ini menggelupaskan kulit?

- Bergantung pada kulit muka seseorang. Penggelupasan yang terjadi biasanya tersangatlah halus dan tidak teruk. Ini disebabkan lapisan sel-sel kulit mati di permukaan kulit tertanggal, proses penggantian sel-sel baru berlaku bagi menghasilkan kulit yang lebih bersih, cerah dan licin sekata.

15. Kalau kulit muka normal boleh pakai ke?

- Boleh digunakan untuk kulit muka yang normal atau tidak berjerawat kerana ia akan menjadikan kulit lebih lembut, gebu, licin dan cerah.

16. Boleh pakai bersama makeup?

- Boleh pakai lipstik, eyeshadow, eyebrow, eyeliner dan mascara.Tapi penggunaan bedak tidak digalakkan. Sekiranya penggunaan bedak di sapu ke kulit muka dalam tempoh penggunaan DMS 360/DMSONE/ Glowing speed, dikhuatiri liang roma tersumbat dan akan lebih banyak jerawat keluar. Kita menggalakan 4d @ krim foundation DMS. Bedak boleh digunakan sekiranya kulit kita betul-betul licin dan bebas gelupas dan jerawat.Tetapi amat lah tidak digalakan jika mahu hasil yg maksimum.

Saya baru baca buku berjudul "Berwaspadalah Dengan Berbahaya Kosmetik". Menurut buku tersebut, jika muka Sis jenis berjerawat,."JANGAN pakai bedak jenis compact tapi pilih jenis press powder, kerana bedak jenis compact mengandungi minyak"

17. Wanita mengandung boleh guna ke produk ni?

-Boleh kerana produk ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan bayi.

18. Jika berhenti guna DMS 360/ DMSONE/GLOWING SPEED ada kesan mudarat tak?

- Tiada apa-apa kesan.

19. Adakah produk DMS 360/ DMSONE/GLOWING SPEED sama dengan lain-lain produk di pasaran?

- Walaupun warna & bentuknya sama dengan sesetengah produk di pasaran, tetapi ramuan & bahan pembuatannya adalah berlainan.

20. Berapa harga jika beli produk secara berasingan dan bukan dalam bentuk set?

Untuk pengetahuan semua, syarikat DMS sudah tidak mengeluarkan loose set. Loose set hanya ada untuk sabun sahaja. Untuk krim, anda haruslah mengulangi pembelian 1 set semula. Loose serum dan foundation ada :)

21. Selain produk asas DMS360/ Glowing Speed adakah lagi produk keluaran DMS?

- Ya ada. Kami memiliki pelbagai produk kecantikan luaran dan dalaman. Termasuklah produk kuruskan badan dan jamu kecantikan dalaman wanita dan lelaki. Boleh rujuk brochure ya.



22. Adakah produk DMS ada tiruan?

Ya. Terdapat banyak duplikasi dan tiruan produk dms di luar sana. Disebabkan itulah, jika anda perasan produk dms sentiasa mengubah packagingnya dan kami cuba sedaya upaya supaya anda dapat membeli yang original sahaja. Antara langkah mengenal produk original ialah melalui scan barcode pada produk DMS360. Namun buat masa ini, hanya DMS360 sahaja yang ada barcode. Bagi produk lain, sila konfirmkan dengan agen sah yang berdaftar dengan syarikat DMS sahaja. Setiap agen sah ini mempunyai kad identiti bagi mengesahkan mereka ialah pengedar sah DMS.



Setiap agen sah memiliki kad pengedar seperti gambar di atas. Jika anda was-was, boleh minta mereka tunjukkan gambar mereka ya atau kad mereka. 


Pihak HQ tidak mengeluarkan atau menjual produk barangan DMS kepada pemborong luar mahupun kedai-kedai. Ini untuk menjamin kualiti produk dan servis layanan serta penjagaan produk terus kepada setiap pelanggan. Oleh itu, pastikan anda membeli dengan agen-agen yang sah sahaja.

Lebih baik membeli harga pasaran dari murah tetapi tiada kualiti penjagaan dan servis serta risau ditipu oleh sesetengah penjual.


Untuk tempahan

Whatsapp ke 018-9100 852


Untuk lebih lanjut mengenali produk original dan tiruan DMS, boleh rujuk link di bawah



23. Saya masih tidak yakin setelah membaca entri di sini terutama kesan yang berlaku semasa memakai produk dms, apa patut saya lakukan?

Setiap agen berdaftar memiliki kepakaran untuk membimbing anda memakai produk dms ini. Kerana itulah tiada HQ bagi pelanggan kerana HQ telah menurunkan ilmu dan membimbing setiap agen berdaftar, sekiranya anda menghadapi masalah ketika sedang menggunakan produk DMS. Sila rujuk semula agen tersebut untuk cara terbaik menangani masalah yang sedang anda hadapi ya.

24. Bagaimana untuk saya follow website ini dan dapatkan info terkini?

Boleh follow channel kami. Inshaa Allah testimoni, produk dan pelbagai info terkini lebih pantas diupdate di channel berbanding di website kami.

25. Mengenai produk DMS

Saya ingin utarakan satu pengumuman buat semua. Walaupun pengguna produk DMS semakin meningkat dan pelbagai award bagi produk dms tetapi kami tidak menyatakan bahawa produk DMS 100% adalah berkesan untuk 100% kulit anda semua. Faktor keserasian, hormon dan alergi mungkin berlaku pada sesetengah pengguna yang mencuba produk DMS. Maka, tidak adil sekiranya anda telah mendapatkan produk original tetapi menyalahkan produk atas apa tanpa menyelidik. Di Malaysia terdapat banyak lagi produk kecantikan yang seperti dms iaitu tanpa bahan kimia bahaya dan organik. Organik bermaksud produk ini tidak menggunakan bahan kimia yang merosakkan wajah, dan pastinya apabila organik proses penyembuhan juga berlaku secara semulajadi. Jadi, saya mohon agar mindset pakai hari ini, terus cantik esoknya dibuang sama sekali. Tiada istilah begitu. Dan sila dapatkan panduan dari agen-agen sah anda apabila sudah lakukan pembelian. Saya hanya merupakan stokis persendirian dan berpandukan bimbingan dari HQ untuk membantu anda semua. Mana yang dapat saya bantu, saya bantu. Jika tidak dapat, saya maklumkan sebaiknya. Harap anda semua faham ya. Sila-sila dapatkan DMS yang original sahaja. Sekurang-kurangnya apa yang anda cuba tidak merbahaya. Saya tidak dapat jamin apa yang terkandung dalam produk fake. Risau juga jika kesannya bukan sekadar di wajah.



Semoga entri ini membantu kalian semua.

Terima kasih kerana luangkan masa membaca ya.


Untuk tempahan,
Agen dan pengedar SAH DMS360
Emme Marina (ID: 0108)
Hubungi saya di talian 018-9100852


Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami, kami menyediakan diskaun sebanyak 5% dan Percuma Postage setiap kali anda repeat order bersama kami.





Jika anda mempunyai masalah selepas menggunakan produk DMS, sila rujuk entri ini ya. 
Saya telah jelaskan bagaimana cara pemulihan dan cara anda patut lakukan.


Sila rujuk agen sah anda untuk guide sepenuhnya
Jangan risau, semua agen berdaftar memiliki kepakaran produk DMS ini


Berminat untuk mencuba produk kecantikan dms serta produk kuruskan badan?

Boleh order secara online seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura



Hotline: 018-9100852 (Emme:)
Penghantaran percuma seluruh Semenanjung, tambah RM 15 untuk Sabah Sarawak.
Konsultasi kecantikan percuma kepada semua pelanggan DMS 


Stokis, agen dan dropship diperlukan
hubungi hotline: 018 9100852

bisnes dms, inshaa Allah sukses








keyword:

kesan penggunaan dms 360
kesan sampingan dms 360
kesan buruk dms 360
dms360 tak berkesan
dms360 ada merkuri
dms360 berkesan ke
dms360 cara penggunaan

dms360 original

82 comments

  1. Replies
    1. ada entri dah pasal membezakan kedua produk ni dear. cuba dear lihat entri ni http://stokiscerminseri.blogspot.my/search/label/Tiruan%20DMS360

      Delete
  2. Dms 360 dan dermax superskin 360 tak sama ke..packing lbh kurang so agak confuse..adakah dms ni ialah wonderglow

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sis.. dermaxsuperskin360 atau singkatan dms360. packaging terbaru lihat entri http://stokiscerminseri.blogspot.my/2016/04/packaging-terbaru-set-asas-dms.html

      Delete
    2. wonderglow bukan dms360 ye sis. wonderglow tiruan dms360

      Delete
    3. 120 dan 139 packaging je lain tp dalam sama krimnya

      atau krim aa beza sikit lama & baru?

      Delete
    4. ada pembaharuan bagi krim yang baru sis :) lebih efektif dan berkesan

      Delete
  3. Salam, saya memiliki masalah kulit muka berjerawat. 3 bulan yang lepas saya telah memakai set Glowing Speed tetapi saya terpaksa memberhentikan pemakaian produk ini kerana muka saya menjadi gatal dan mengalami penggelupasan yang teruk. Saya telah mendapatkan nasihat dari ejen DMS yang sah dan beliau menasihatkan saya untuk memakai serum super stem cell serta memberhentikan pemakaian night cream tetapi muka saya masih tidak pulih. Kemudian beliau meminta saya menukar pemakaian serum stem cell kepada serum glowing, akan tetapi muka saya menjadi lebih gatal dan menggelupas dengan lebih teruk. Soalan saya di sini, adakah bahan kandungan yang ada di dalam produk ini 100% dijamin tidak akan mendatangkan alahan pada kulit muka pengguna? Apakah cara pemakaian produk yang betul untuk masalah kulit muka seperti saya jika saya ingin terus memakai produk ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. maaf ya farhana atas respond yang agak lambat. Sebenarnya kurang tepat cara yang diajar oleh agen tersebut. Mungkin agen baru agaknya. Produk dms sememangnya di jamin 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia yang merbahaya. Saya sendiri telah mengamalkannya hampir 2 tahun. Cara yang sepatutnya ialah berhenti kedua2 krim, dan hanya cuci muka sahaja dahulu sehingga muka reda. kemudian mula menyambung krim malam. malam ialah untuk merawat. jika muka ok semasa pakai krim malam, boleh la sambung pakai semua set sekaligus. ataupun, jika anda sudah ada serum iaitu serum glowing lebih baik. serum glowing amat berkesan bagi memulihkan wajah serta mematikan kuman atau bad things kat muka kita. serum stemcell juga takde masalah. tetapi serum stemcell kena pakai dgn kuantiti yang sedikit sahaja. Kedua serum ini dipakai pada waktu malam sahaja. saya tidak mengambil konsultasi bagi pelanggan agen yang lain tapi harap jawapan saya boleh membantu.

      Delete
  4. assalammualaikum.. saya tersalah beli sabun tp still prdk dms360. masih boleh guna ke? saya guna basic set dms360 terbeli sabun glowing speed. bila masa terbaik guna glowing serum 360.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam asmah. seeloknya return balik ke agen tersebut. tapi saya tak faham macam mana boleh tersalah order. kerana keduanya sangat berbeza. serum glowing dipakai waktu malam sahaja ya sebelum krim malam

      Delete
    2. Thanks sis kerana masih sudi memjawab soalan saya, ini sgt2 membantu.. maknanye saya kena stop pengunaan sabun glowing speed dan kembali ke sabun honeydew.

      Delete
    3. ya betul sis. setiap set asas didatangkan bersama 2 krim dan 1 sabun. jadi memang tidak akan salah set sabun tersebut.

      Delete
  5. Knapa slps mnggunkn sbun kulit trasa pdih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. normal sis.. saya dah terangkan soalan ni di atas

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. muka saya semakin byk jerawat n bintik bintik putih...adakah itu tindak balas atau .....???

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakah sis pernah memakai skincare jenama lain sebelum ini? bagaimana status produk tersebut? antara kesan rawatan dms ialah ianya mengeluarkan jerawat, etc tetapi mohon consult agen yang sis beli tu tuk guide sis ya. boleh browse blog saya juga tuk penyelesaian.

      Delete
  8. hi. saya pengguna baru dermax 360. saya beli set krim siang, krim malam, dan sabun honeydew. tetapi, saya nak tanya, muka saya terasa sangat sangat pedih dan seolah olah kering dan mengelupas. adakah ini normal? apa yang harus saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai dayana, ianya normal. sila rujuk kepada entri di atas atau hubungi semula agen dms tersebut untuk pulihkan masalah yang dayana hadapi ya

      Delete
  9. sy nk beli krim siang glowing speed, mcm mn cara nk order

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, sekrang sudah tiada lagi loose item bagi set asas keluaran dms.. harus order 1 set semula ya

      Delete
  10. saya nk tnya
    saya ada beli set glowing speed tp sabun nya warna hijau lah. saya baca cik ckp glowing speed sabun warna emas

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah salah set tu mentari. sila rujuk semula agen tersebut ya

      Delete
  11. assalamualaikum..
    saya teringin nak cuba dms nie..
    antara glowing spped dengan dms mana lagi oke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam hana,
      keduanya bagus. Bergantung kepada jenis wajah, umur, masalah yang dihadapi. Fokus glowing speed lebih kepada 30 ke atas, manakala dms360 sesuai digunakan oleh semua jenis masalah dan peringkat umur. Untuk lebih lanjut, sila hubungi saya 0189100852

      Delete
  12. Sy guna set speed glowing..dah sebln.. Tp masalahnye jerawat makin naik dan sakit, muka berminyak, kusam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila rujuk semula kepada agen sah anda :) seharusnya ada cara yang betul sebelum anda menggunakan produk2 dms

      Delete
  13. Hi sis, bagaimana nak mengenalpasti fake atau tidak serum stemcell tu. Baru2 ni saya ada order sabun warna hijau tu dan serum stemcell 3botol mengikut yang disyorkan oleh agen tu sebab kulit muka saya tidak berapa bermasalah menurutnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lihat di entri mengenal pasti produk tiruan dms dear

      Delete
  14. Serum stemcell ni buat kulit nipis tak ? Sbb ada kawan saya guna , muka jd merah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. serum stemcell atau mana2 produk dms tiada menipiskan kulit. Muka jadi merah tu kebiasaannya berlaku kerana salah pemakaian atau salah guide dari agen dms tersebut. sila rujuk semula agen sah anda ya

      Delete
  15. masa bila nak guna serum stemcell dengan foundation 4d tu..

    ReplyDelete
  16. macam mana cara nak guna serum stemcell dengan foundation 4d..cube terang masa yg sesuai nak gunakan set glowing speed serum stemcell n foundation 4d...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam azwa. secara general. set glowing speed ada 3 item iaitu sabun muka, krim siang dan krim malam. jadi aturan ni jelas ye? serum pula dipakai waktu malam sahaja tidak kira serum glowing atau serum stemcell. manakala foundation ialah alas bedak. yang ni seharusnya lebih jelas. bedak dipakai selepas krim siang

      Delete
  17. boleh pakai bedak tak msa awal pemakaian dms360 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya lah... elakkan pakai bedak terutamanya bedak kompact atau bedak 2 in 1. kandungan bedak2 ni juga lebih minyak. menutup pori dan mengganggu proses rawatan pada wajah

      Delete
  18. Mkn produk miss slim 2 adakah kesan die degupan jantung akan laju n berpeluh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada sis. biasanya kesan awal ialah panas dan pening. ini kerana miss slim adalah produk jamu

      Delete
  19. Hai sy nak tye klau kte mkn produk miss slim kesan die mmg degupan jantung akan laju n berpeluh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. miss slim merupakan produk herba iaitu jamu. jika tidak biasa dengan sumber jamu. akan alami beberapa perkara yg kurang menyenangkan. kurangkan dosage dan bykkan air masak. sebaiknya refer semula agen tersebut. panduan dan servis dijalankan sekali dengan pembelian mana2 produk dms :)

      Delete
  20. Sy sblm ni pernah pkai dms 360 dan glowing speed dan complete set..muka alhamdulillah pulih 100% n glowing.. tp selepas sy buat rawatan muka dan stop sekejap guna dms dan guna produk lain.. muka sy jd naik jerawat.. boleh x..dms rawat wajah sy semula..sekian tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum azian, boleh cuba kembali tiada masalah. pastikan kulit anda bebas dari sebarang produk lain dahulu kemudian mencubanya. pastikan pembelian dilakukan dengan agen sah dms supaya mereka dapat guide dan berikan konsultansi pemakaian yang betul

      Delete
  21. Nape kulit jadi semakin kering eh? N tona kulit smakin xsekata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis. tindak balas berlaku adalah berlainan bagi setiap pelanggan. sudahkah sis consult dengan agen sah dms tersebut? agen tersebut seharusnya dapat guide sis bagaimana merawat kesan akibat proses rawatan yang berlaku.

      Delete
  22. Sudah hampir 5 bulan saya pakai produk ini. Tetapi bila 5 bulan yang terakhir. Saya didapati bintik bintik halus berada di dahi saya sebagaimana ia berlaku sebelum saya memakai dms360. Saya sudah hmpir seminggu memakai krim malam . Tapi masih tiada kesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum, produk set kecantikan dms360 ialah berasaskan bahan semulajadi dan bukannya bahan kimia yang merencatkan aktiviti jerawat atau bintik halus. faktor kepada tumbuhnya jerawat atau bintik halus kepada kulit wajah adalah bergantung kepada faktor lain juga, adakalanya hormon atau pemakanan termasuk persekitaran. perbanyakkan minum air masak dan apply serum pada waktu malam jika pemakaian krim malam tidak berkesan ya sis

      Delete
  23. Ada tulisan "KPI" di bawah botol krim siang n malam dms360. Original ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada masalah tulisan kpi :) insha Allah ori

      Delete
  24. Assalamualaikum..nak tnya ,sy Berminat utk menggunakan dms,selain set(sbun +krim malam+siang)apa lagi yg perlu sy gunakan ya,tuk kali pertama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. boleh tambah detox solution dan serum glowing

      Delete
  25. Sesetengah product tu x bekesan sebab liang roma tesumbat oleh sisa2 makeup..better scrub dan cuci muka sebersih.bersihnya..baru la product tu boleh bertindak dan berkesan...sekian😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dear. :) disebabkan itulah dms telah mengeluarkan satu produk baru yang iaitu detox miracle solution hanya boleh didapati di stokis sahaja belum dikeluarkan kepada umum. :) wassap untuk dapatkan keterangan lanjut ya

      Delete
  26. saya nak tanya saya sebelum ini guna pro produk lain. jadi saya nak try pakai dms ni.. jadi berapa hari saya kena clearkan muka sebelum guna dms ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling baik sebulan. paling singkat seminggu. kenal pasti produk anda organik atau mempunyai bahan kimia yang meragukan ya

      Delete
  27. bagaimana saya blh dptkan senarai ingredient dalam krim siang/malam/sabun GS..di kotak terlalu kecik untuk dia baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hubungi agen dan minta mereka snap gambar lebih baik

      Delete
  28. Assalamualaikum kak saya memakai produk nih dah 5 hari start 1 hr bln thn ini dan saya mengalami pedih selepas basuh muka bila dah kering ianya rasa muka ketat sngat..dan pada hari ini kulit saya mengelupas.sya berumur 24 thun.dan memakai set (GLOWING SPEED).sebab yg saye terbaca kat atas bahwa glowing speed di pakai untuk org yg berumur 30 keatas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. produk gs ni agak kuat. ramuannya dibuat untuk kesan yang lebih cepat oleh itu ada sesetengah orang tidak sesuai dan mudah merasa rengsa (radang). kita cadangkan kepada wanita yang lebih berusia dan kulitnya tidak terlalu sensitif

      Delete
  29. Salam sis..nk tnya ..
    1.serum glowing speed tu ada bau honey dew atau xde apa2 bau..
    2.Dan pakaging utk dms glowing speed tu ada berlainan kotak ke..
    3.dan sabun glowing speed tu adakah kasar sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.
      1. serum glowing ada bau spt buah asid spt limau gitu kerana ianya dari sumber vitamin c
      2. glowing speed sudah 3 kali bertukar
      3. kasar tu bagaimana ya sis? saya kurang erti mohon jelaskan ya

      Delete
  30. Saya sudah menggunakan produk set dms360 serum super stemcell, glowing speed set, serum glowing, perlaqueen 3d dengan cara yang dinasihatkn oleh agen sah dms, Juju selama lebih 3 bulan. Muka sy bertambah jerawat, jerawat batu, blackheads, Whitehead dan berminyak serta kemerahan.
    Sehari saya dgn serum super stemcell, jerawat bertambah 3-4 yang baru.
    Sehari saya dgn set glowing speed, jerawat batu saya bertambah 1-2.
    Sblm sy memakai glowing speed, sy memakai dms360 dermax superskin set. Sy berhenti slps 3 mggu memakai sbb muke sy tumbuh jerawat. Then sy rest kan muke selama semggu br sy bertukar ke dms360 glowing speed tetapi kecewa.
    Now, saya decide utk tinggalkan dms berusaha memperbaiki kulit saya dgn berjumpa pakar kulit yang sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. produk dms menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tiada bahan kimia merbahaya. walaupun demikian kami tidak menyatakan bahwa produk dms ni 100% semua orang pakai ok. mungkin ada faktor keserasian yang tidak kena dengan sesetengah wajah dan jenis kulit. kami mohon maaf jika produk dms tidak sesuai dengan wajah sis. Ya, lebih baik begitu. Di malaysia terdapat beribu produk kecantikan, saya doakan agar sis bertemu dengan produk kecantikan yang serasi dengan kulit wajah sis. :)

      Delete
  31. Hi!Nak tanya,memang cream Glowing speed ni melekit2 ka? Saya beli di online. Cakap Ori ,bila scan , ada tulis glowing speed helpline no tapi Barcode x sama dengan no yg saya scan. Saya terbeli yg x Ori ka? Saya baru guna 3 hari. Krimnya macam melekit, macam glue, x sama tekstur dgb krim lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. krim dms tidak melekit seperti gam. ianya cair. bila dipakai pada wajah ianya cepat meresap.

      Delete
  32. salam sis nk tny apakah perbezaan gold version & gold 2.0 version? adakah ianya tiruan mohon pencerahan terima kasih ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. boleh saya tahu awak merujuk produk yang mana satu?

      Delete
  33. bagaimana caranya ikut bisnis dms ini?

    ReplyDelete
  34. Saya bru nk start pkai dms360...sya tk pkai apa2 produk skincare skrg..cuma guna uv protection cream je wktu siang...so nk tnya...sya bleh trus pkai dms360 ke??atau stop uv cream tu dan kna clearkan muka dulu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum,
      jika sis menggunakan produk selain dms360. seeloknya berhenti. cuba hanya satu produk sahaja semasa proses rawatan jika tidak kita tidak tahu mana satu yang menyebabkan kesan tindak balas.

      Delete
  35. assalamualaikum..saya baru menggunakan produk glowing speed ni dalam masa 3 minggu dh..kulit saya menjadi kemerahan dan tegang sangat serta terasa kering selepas mencuci muka dan sebelum saya menggunakan krim siang atau malam. Tona kulit pun tidak sekata..adakah ia normal berkeadaan seperti itu ketika baru menggunakan produk GS? adakah rasa tegang tersebut akan berterusan atau kulit akan menjadi lembut seperti sediakala selepas beberapa tempoh yang tertentu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam, keadaan yang berlaku agak normal. tetapi jika sis merasa tidak selesa atau was-was sila dapatkan panduan penuh dari agen sah yang sis tempah hari itu. ada panduan khusus bagi mendapatkan rawatan dengan produk dms ni. semoga cepat pulih ya sis

      Delete
  36. Sis sy umur 22 , muka berjerawat dan berlubang..saya pakai set dms360 yg glowing speend..boleh ke?

    ReplyDelete
  37. salam....banyak komen sudah saya baca...saya tahu kulit mengelupas...gatal...kemerahan....tegang...dll adalah normal...tapi kalo makin teruk...makinhitam...yg xde jeragat/pigmen jadi berjeragat dan pigmen...adakah ini normal dan proses pemulihan jugak?tmseh

    ReplyDelete
  38. Assalamualikum wbt. Ada cadangan x pakej rawatan klu baru lepas baik dari chicken pox(sebulan yg lalu). (parut2 chicken pox yg agak dalam ada pada muka). kulit jenis berminyak. boleh bagi cadangan?

    ReplyDelete
  39. Salam sis. Sy mengalami kulit berjerawat n parut jerawat. Set dms mana ye yg sesuai utk merawat kulit sy?

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum...baru2 ad keluar senarai produk yang mengandungi racun berjadual dan speed glowing adalah salah satu senarai dlm produk tersebut. Sebelum ini produk ini dikatakan hanya menggunakan bahan smulajadi.. Saya inginkan kepastian.terima kasih..

    ReplyDelete
  41. DMS terlibat ke dgn isu mercury...sbb tngk ada nama krim seakn sama..speed glowing

    ReplyDelete
  42. bolehkah mkn seafood bila guna produk dms(gs)??

    ReplyDelete